http://iskandariah.perubatan.org/v1/wp-content/uploads/2013/04/LOGO_coloured_transparent.png

Bismillahirrahmahirrahim.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah  dan Maha Mengasihani.

[stextbox id=”alert” color=”15a10c” bcolor=”000000″]“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)[/stextbox]

Penubuhan JAKSI merupakan manifestasi keazaman PERUBATAN untuk melaksanakan perkara yang dituntut oleh Allah azza wajalla dalam hadis yang disebutkan di atas. JAKSI merupakan unit yang berperanan penting dalam menjaga keselamatan ahli-ahli PERUBATAN disamping membentuk dan membina biah solehah di kawasan penempatan mahasiswa-mahasiswi Malaysia.

Kami di pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah ingin memaklumkan dua perubahan yang telah berlaku ke atas JAKSI kepada semua ahli-ahli PERUBATAN khusunya ahli di Iskandariah. Perkara yang pertama ialah pertukaran nama panjang JAKSI; Jabatan Keselamatan dan Sosial Islam. Perkataan ‘Jabatan’ akan ditukar kepada perkataan ‘Jawatankuasa’. Pertukaran ini dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan berkenaan penggunaan perkataan tersebut kerana Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) yang baru ditubuhkan akan menggunakan perkataan ‘Jabatan’ bagi setiap lajnah yang berada dibawah organisasi MTP.

Perkara yang kedua pula merupakan kemasukan Jaringan Musyrif (JAMU) sebagai unit di bawah JAKSI. Seperti yang anda sedia maklum, sebelum ini JAMU merupakan unit yang berada di bawah pantauan Biro Perumahan. Pertukaran ini dilakukan untuk mengurangkan bebanan kerja Biro Perumahan sekaligus menjadikan JAMU sebagai unit yang akan merealisasikan matlamat penubuhan JAKSI iaitu menjaga keselamatan ahli-ahli PERUBATAN khususnya di Iskandariah.

Justeru, kami di pihak Jabatan Pengerusi memohon semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah memberi sokongan dan tenaga kepada pihak kami, untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh JAKSI. Semoga segala usaha kita diberkati oleh ALLAH SWT dan diberi hasil yang terbaik dalam hari yang mendatang insyaallah. Wallahua’lam

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 Pengerusi Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd Asri

 

 

 

 

 

Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd A’sri
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

Nur Amalina binti Mohd Shukri
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :