19 April 2013, Jumaat- “ALHAMDULILLAH, saya sangat gembira, rasa letih semua hilang, dan kekuatan itu perlu dicari” ujar Dr. Haris Fadillah, mantan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah apabila ditanya tentang perasaan beliau tentang kehadiran cahaya mata pertama Isnin lalu. Bayi perempuan seberat 3.35kg yang diberi nama Ulfah Zahrak yang mirip Dr. Haris itu selamat dilahirkan secara normal jam 5.30 petang waktu Mesir di Hospital Salamah, Samoha.

Pasangan suami isteri Dr. Haris dan Dr. Mahirah yang berkahwin pada tahun lepas itu dikurniakan cahaya mata yang comel sebagai penyeri rumah tangga mereka. Nama ‘Ulfah’ yang memberi maksud ikatan dan ‘Zahrak’ bermaksud mulia menjadi pilihan pasangan suami isteri yang juga merupakan gabungan idea daripada Walid sendiri.

Berkongsi pengalaman beliau, Dr. Mahirah bersyukur kerana beliau ditemani suami sepanjang proses kelahiran dan beliau menganggap sokongan moral daripada suami sangat penting pada saat-saat beliau melahirkan. Dr. Mahirah apabila ditanya tentang harapan beliau berkata, “Semoga Ulfah Zahrak menjadi seorang anak yang akan membawa agama Islam kelak”. Tahniah diucapkan daripada warga Iskandariah

abg haris 2

abg haris

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :