LOGO_coloured_transparent

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda, serta para nabi dan rasul.

Usul ‘MEWUJUDKAN  TABUNG KHAS DUIT HARAM (RIBA)’ yang telah dibawa oleh saudara Zainal Abdullah bin Zainal Adlishah telah diluluskan di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah kali ke-4 yang lalu.

Majoriti pelajar di Iskandariah menggunakan akaun simpanan dalam sistem perbankan konvensional bagi urusan simpanan, dan keluar masuk wang perbelanjaan. Melalui akaun simpanan ini, pihak bank akan memberikan duit faedah kepada pemilik akaun bagi tempoh setiap 4-6 bulan, berpandukan jumlah simpanan pada masa tersebut.

Sehubungan dengan hal ini, PCI mengambil inisiatif untuk mewujudkan Tabung Riba ini di bawah kelolaan Bendahari bagi memastikan duit riba ahli disalurkan ke arah yang dibenarkan.InshaAllah. firman ALLAH s.w.t.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٢٧٨)فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لا تَظْلِمُونَ وَلا تُظْلَمُونَ (٢٧٩

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa Riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak Menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS. Al-Baqarah: 278-279)

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan Riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.” (QS. Ali Imraan: 130)

 

Gerak kerja Tabung Riba telah bermula seawal sesi 2012/2013 lagi. Kempen dan penerangan telah dijalankan mengikut batch dan menggunakan medium kelas tafaqquh. Kali ini, pihak kami melancarkan gelombang kedua, bertujuan untuk mengingatkan ahli PCI akan kepentingan mengeluarkan duit riba daripada simpanan. Organisasi Tabung Riba ini diketuai oleh saudara Mohd Hasyimi bin Mat Nor dan saudari Lina Liyana binti  Mohamad. Duit-duit riba ini akan disalurkan kepada perkara-perkara berikut:

1)      PERUBATAN : 70%

2)      Egyptian : 30%

Pembahagian bagi PERUBATAN pula akan terbahagi kepada 3 iaitu teratak, AQSA PERUBATAN dan Aset. Manakala pembahagian utk Egyptian pula akan disalurkan kepada YALLA foundation untuk diuruskan.

Kempen Tabung Riba ini akan berlangsung selama tiga sesi bagi setiap tahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan Disember.

Justeru, diharapkan kepada semua ahli PCI untuk mengambil cakna akan perkara ini. Duit-duit riba ini boleh diberi kepada bendahari batch masing-masing untuk dikumpulkan dan digunakan pada jalan yg dibolehkan.

Semoga dengan membersihkan duit-duit riba ini perjalanan kita selaku para pelajar di bumi anbiya ini dipermudahkanNYA. Dan semoga ALLAh redha dengan usaha kita dalam mencari yang halal dan menghapuskan yang haram.

Bendahari 1213

 

 

 

 

 

 

AMIRUDDIN AMRAN

BENDAHARI  PCI 2012/13

 

Timb Bendahari 1213

 

 

 

 

 

 

SAKINAH ISMAIL

TIMBALAN BENDAHARI PCI 2012/13

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :