logo-perubatan-2-300x300
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, Maha suci bagi Allah kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati suasana tahun 2013 dalam keadaan yang aman.
Masa berlalu begitu pantas. Tanpa kita sedari, kini kita menghampiri penghujung semester pertama dalam sesi akademik 2012/2013 yang bermula sekitar bulan Oktober 2012 yang lalu. Sudah semestinya, cuti musim sejuk yang akan bermula selepas peperiksaan akhir semester ini dinanti-nantikan oleh semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI). Kebanyakkan daripada kita sudah pun merancang perjalanan ke destinasi-destinasi idaman yang ingin dilawati, dan ada juga yang sudah merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang pada cuti kali ini.
Justeru, kami dipihak Jabatan Setiausaha PCI ingin menjalankan satu bancian pergerakan mahasiswa/i  Iskandariah sepanjang cuti musim sejuk ini. Bancian ini sangat penting untuk memudahkan pihak PCI menghubungi ahli  jika berlaku hal-hal kecemasan sepanjang musim percutian akan datang.
In sha Allah bancian ini akan digerakkan oleh setiausaha setiap batch bagi memudahkan dan melicinkan urusan bancian melalui link berikut:

1) Jika anda bercuti di DALAM Mesir

2) Jika anda bercuti di LUAR Mesir

 Kami berharap, semua pihak boleh memberi kerjasama yang baik demi kebaikan bersama.
Akhir kata, selamat menjalani peperiksaan akhir semester dan

semoga perjalanan sahabat-sahabat sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

Sekian, Terima kasih

Setiausaha

MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD NADZIR
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2012/2013

 

Setiusaha

NUR AMALINA BINTI MOHD SHUKRI
Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2012/2013

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :