logo_coloured_transparent

 

Berikutan aduan berterusan yang diterima oleh pihak JAKSI PERUBATAN Cawangan Iskandariah  (JAKSI PCI)  mengenai situasi akhawat yang tidak menggunakan khidmat musyrif pada waktu malam dan kerap kali pulang lewat ke rumah masing-masing .

Di sini saya mewakili JAKSI PCI ingin menyarankan  etika keselamatan yang ditetapkan sepanjang keberadaan kita di bumi anbiya’ ini.

  • Akhawat tidak dibenarkan keluar dari asrama atau rumah sewa pada waktu malam bermula waktu maghrib kecuali ada urusan penting yang tidak boleh ditangguh. Jika ada urusan penting hendaklah menggunakan khidmat musyrif yang diiktiraf dari PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui  JARINGAN MUSYRIF (JAMU PCI).

Perlulah kita semua menyedari akan keadaan keselamatan di Mesir khususnya setelah berlakunya revolusi hampir 2 tahun yang lalu. Suasana politik Mesir yang masih tidak stabil menjadi antara faktor penting wujudnya  kes-kes yang menggugat keselamatan kita disini.

[stextbox id=”warning”]

Antara aduan yang pernah diterima oleh JAKSI PCI:

–          Pemandu teksi menipu harga tambang terhadap pelajar Malaysia.

–          Gangguan seksual terhadap akhawatyang dilakukan oleh orang Mesir.

–          Kes ragut terhadap orang mesir di kawasan penempatan pelajar Malaysia seperti di Gam’ah, Camp Caesar, dan Ibrahimiah.

–          Kes ugut yang pernah berlaku terhadap ikhwah pada tengahari,

–          Kes kecurian motosikal pelajar Malaysia.

–          Kes akhawat Malaysia diacu pisau untuk dirompak.

–         Kes akhawat dicuri barangan beharga di dalam tram

–          Kes penyeluk saku dan lain-lain.

[/stextbox]

 

Firman ALLAH SubhanallahuTa’ala,  

“Apabila kamu telah berazam (berusaha dengan tekad), maka bertawakkallah kepada ALLAH, sesungguhnya  ALLAH mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-NYA.”-Surah Ali Imran : 159.

Di sini ALLAH berfirman untuk berusaha dan bertawakkal tapi bukan bertawakkal sahaja. JAKSI PCI mengajak semua mahasiswa/i Malaysia di sini agar mengikuti langkah keselamatan yang telah digariskan untuk kepentingan kita bersama.

Kita di sini sebagai sebuah keluarga masyarakat Malaysia haruslah sentiasa ingat-mengingati  dan saling menyanyangi antara satu sama lain supaya keharmonian sesama kita terjaga dengan baik, insyaAllah.

JARINGAN MUSHRIF (JAMU PCI) sedia berkhidmat untuk akhawat sekalian demi menjaga kemaslahatan kita semua. Moga dengan menggunakan khidmat musyrif ini adalah sebagai usaha kita untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Untuk senarai mushrif terkini, boleh layari : http://www.scribd.com/doc/117773384/Senarai-Mushrif

 

Muhammad Zikri Bin Yussof

Pengarah

Jabatan Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2012/13

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :