Sistem pembelajaran di sekolah sangat berteraskan kepada peperiksaan. Cikgu-cikgu, ibu bapa bahkan kita sendiri sebagai pelajar sangat menekankan kecemerlangan akademik. Sehingga kadang-kadang niat kita ke sekolah adalah untuk lulus dengan cemerlang semata-mata dan terlupa hadaf sebenar kita menuntut ilmu. Zaman sekolah telah pun berlalu. Semoga acuan sistem pembelajaran di sekolah dahulu tidak terlakar dalam proses kita menuntut ilmu di universiti ini insyaAllah. Apatah lagi kita selaku pelajar perubatan di mana segala ilmu yang kita pelajari sekarang bakal digunakan kelak.

Namun demikian, ramai antara kita terlepas pandang dalam hal-hal yang kadangkala dianggap remeh. Walhal itu merupakan asas bagi ilmu perubatan. Beberapa minggu yang lepas, seorang professor pharmacology bertanya kepada kami normal potassium level in the body. Terdiam satu dewan. Sunyi sepi sebentar. Lalu dia berkata, “This is the basic of medicine. How could you don’t know and forget about this.”

Persoalan sekarang, adakah sistem pembelajaran di universiti kita berorientasikan peperiksaan? Jika ya, alangkah ruginya kita yang beranggapan sedemikian. Kita dihantar ke sini bertujuan untuk melahirkan pengamal perubatan yang berilmiah serta dihiasi dengan akhlak yang mulia.

Oleh yang demikian, selaku seorang mahasiswa, bukan lagi pelajar sekolah, kita hendaklah memperbetulkan kaedah pembelajaran kita. Anggaplah peperiksaan sebagai medan ujian atau indikator pengetahuan perubatan kita dan kita tidak belajar kerana ada peperiksaan. Seorang pensyarah kita ada menyebut, “being a doctor is a long life learner.” Hal ini jelas menunjukkan walaupun setelah kita berjaya menamatkan pengajian kita selama enam tahun, kita masih lagi dalam proses belajar. Mengapa? Kerana kita berdepan dengan kehidupan manusia bukannya motor atau robot ciptaan.

Akhir kalam, sekali lagi diingatkan agar setiap sesuatu ilmu jangan dipandang enteng. Mungkin kadangkala nampak seciput namun sebenarnya merupakan elemen penting dalam bidang ilmu tersebut.

Nota kaki:

Principle mineral elements Normal value General function Deficiency or excess
Calcium 9-11mgdL Healthy bone, teeth and heart Excess: weakness, lack of energy, not wanting to eat, nausea and vomiting, constipation, urinating a lot, belly pain, or bone pain Def: muscle cramps, spasms, and twitching.  and tingling in the fingers and around the mouth.
Magnesium 0.7-1 mmol/L Enzymatic reaction Cardiovascular diseases, osteoporosis, cerebral infarction, high blood pressure, diabetes, anxiety disorder, migrain
Sodium Plasma:145mmol/L(3.345g) Proper nerve conduction, passage of various nutrients into the cells, maintenance of blood pressure Excess: seizure and death Deficiency: seizure and coma
Potassium Cell fluid: 150mmol/L(4.5g) Prevent muscle contraction Muscle weakness, ECG abnormalities, paralytic ileus
Phosphorus 1% of body weight Associated with calcium to maintain healthy teeth and bone Rare but deficiency may cause stiffness of joints and bone become fragile
Sulphur 0.25% of body weight Give strength to hair, skin and nail Cellular respiration No  clearly defined
Chloride 0.15% of body weight Metabolism (change food into energy) and keep acid base balance Excessive loss of chloride can cause alkalosis

 

Essential trace elements Normal value General function Deficiency  or excess
Copper 100-150mg 90microgram/dL Hg biosynthesis Pigment formation Normal bone Def: hypochromic anemia, bone disorder, discoloured hair
Zinc 1.4-2.3g 50-150microgram/dL Wound healing Some enzyme activities Def:impaired wound healing,poor appetite
Iodine Biosynthesis of thyroid hormones Excess: goiter
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :