Terma dan syarat :

1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI)

2. Pertandingan ini dibuka dari 11 november hingga 24 november 2012 untuk semua tahun pengajian (perubatan,pergigian dan farmasi)

3. Gambar penyertaan adalah terhad kepada 1 keping gambar bagi setiap SC.

4. Setiap gambar haruslah diolah dengan hanya satu perkataan.

5. Kriteria pemilihan pemenang:
• Kreativiti Keunikan
• Ekspresi wajah menggambarkan kegembiraan
• Ukhuwah dan kasih sayang yang terserlah

6. Hasil karya mestilah tidak menyalahi tatasusila, sensitiviti dan syariat Islam.

7. Setiap gambar mestilah asli dan hak milik ahli SC .

8. Bebas menggunakan kamera digital/kompak,DSLR, handset dan SLR.

9. Editing hanya dibenarkan pada saturation, color enhancement, sharpness. Sebarang manipulasi tidak dibenarkan.

10. Pendedahan berganda (Double Exposure) yang telah digabungkan untuk menghasilkan satu “Range Tinggi Dinamik” (HDR) imej tidak akan diterima.Untuk gambar sahaja.

11. Setiap penyertaan akan dinilai 50% undian (di Fanpage PCI) dan 50% dari pihak juri pertandingan.

12. Anda dikehendaki dan digalakkan mempromosi foto anda kepada rakan-rakan facebook yang lain untuk mendapat undian LIKE terbanyak di fanpage PCI sahaja.

13. Undian dikira pada bilangan ‘like’ pada foto anda tetapi kena click pada butang ‘like’ di page pertandingan sebelum undian ke foto pilihan.

14. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya terdapat perlanggaran hak cipta seperti mengambil gambar orang lain dan sebagainya.

15. Hantarkan butir-butir berikut semasa pendaftaran:
• Nama
• Tahun
• Pengajian
• Nombor Telefon
• Nama SC
• Nama kakak/abang SC (mentor)
• Tema gambar dalam satu perkataan

16. Karya boleh dihantar kepada :
• Muhammad Fadhli Husaini bin Rosmidi (fs33k3rzz@yahoo.com)
• Hazimah binti Ab Rahim (joat92_har@yahoo.com)

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :