Apakah yang dimaksudkan dengan BOND?

BOND adalah nama kempen bagi bulan SC yang dianjurkan oleh unit Mentor Council di bawah kelolaan PERUBATAN cawangan Iskandariah. BOND adalah singkatan kepada ‘Beyond Obstacle and Differences’. Nama ini dipilih bertujuan memberi maksud sebenar kepada semua ahli PERUBATAN bahawa Smart Circle (SC) ini ibarat satu keluarga. Sebuah keluarga yang dapat mengatasi segala halangan dan perbezaan.

 

Objektif BOND?

1- Kempen BOND bertujuan memberi pencerahan kepada ahli PERUBATAN khususnya pelajar tahun 1 tentang realiti sebenar SC. SC bukanlah satu medan pengajian ilmu agama semata-mata malah merupakan pengalaman hidup yang menarik dan penuh makna di samping amat diperlukan oleh setiap individu muslim. Contohnya, dalam SC, kita diberi peluang untuk mengutarakan pendapat, ada SC yang menggunakan aspek riadah untuk berkumpul, menggunakan jaulah sebagai penarik minat ahli SC untuk sama-sama berukhuwwah atas dasar persaudaraan kerana Allah.

2- Ianya juga bertujuan memberi panduan tentang cara pembawakan SC yang lebih interaktif, kreatif, fleksibel dan praktikal kepada mentor-mentor yang terlibat melalui kursus mentor yang dianjurkan. Ini adalah sebagai satu langkah untuk melalui fasa penjenamaan semula SC di peringkat cawangan Iskandariah. Dengan objektif SC yang lebih jelas, peranan mentor yang lebih ‘versatile’ , serta silibus SC yang lebih menarik dan tidak membebankan .

3- Membina kekuatan persaudaraan ahli sesama SC atau pun berlainan SC. Melalui program-program dan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak pelaksana diharapkan agar semua ahli dapat menerbitkan satu kekuatan Islam seperti satu binaan yang amat teguh, bersatu dalam perbezaan untuk mencapai satu matlamat yang jelas.

4- Ianya juga berobjektifkan untuk mengembalikan semangat kepada ahli-ahli senior untuk kembali ber ‘smart circle’.

 

Tema BOND?

* Membawakan tema ‘Together Is Better’ secara jelas menunjukkan bahawa kesatuan adalah asas yang amat penting bagi menjayakan objektif ‘smart circle’. Mengenepikan segala perbezaan pendapat dan pandangan, bersama-sama dalam usaha membentuk dan mendidik diri dan orang sekeliling untuk menjadi insan yang ‘awesomest’ di dunia dan di akhirat.

Berapa lama kempen ini berlangsung?

* Kempen ini berlangsung selama sebulan bermula 1-30 november 2012. Namun kesan daripada kempen ini diharapkan berpanjangan. Pihak mentor council akan sedaya upaya berusaha memastikan suasana usrah tetap mekar dalam diri setiap ahli PERUBATAN sepanjang masa.

Siapa yang terlibat?

* Setiap individu muslim yakni ahli Prubatan Cawangan Iskandariah (PCI) yang berada dan menuntut di Iskandariah.

Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen?

* Aktiviti kempen pada kali ini meliputi setiap aspek. Aspek pengisian dan ilmu diterapkan di dalam aktiviti seperti kursus mentor serta pertandingan imam muda dan ustazah pilihan. Dari segi kefahaman dan pengenalan tentang SC, forum tentang pengenalan SC dengan pendekatan dan pemahaman yang lebih ‘awesome’ akan diketengahkan. Permainan futsal juga diterapkan dalam kempen pada kali ini bertujuan mengeratkan persaudaraan di antara pelajar khususnya pelajar tahun 1. ‘Foto SC Paling Menarik’, dan pertandingan ‘Cupcakes’ dalam kalangan akhawat sudah pasti akan memberi seribu satu makna kepada setiap ahli. Selain itu, pihak penerangan menyediakan booth di Moassah dan tempat-tempat tumpuan yang lain untuk memberikan satu gelombang sebenar kempen.

Saya tiada SC. Bolehkah saya menyertai program yang dianjurkan?

* Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh badan pelaksana program BOND memerlukan kerjasama antara mentor dan ahli SC untuk menjayakannya. Justeru, sekiranya ada ahli yang tidak memiliki SC, laporan boleh dibuat kepada pihak Mentor Council untuk tindakan lanjut.

Bagaimana saya hendak melaporkan sebarang muhasabah dan cadangan kepada SC?

* Pihak mentor council dalam usaha menghidupkan semangat berusrah dalam kalangan ahli bersifat terbuka untuk menerima sebarang muhasabah dan cadangan dalam kalangan ahli. Ahli boleh terus melaporkan kepada pihak Mentor Council atas segala masalah dan cadangan yang berkaitan.

Bagaimana kalau saya sudah lupa ahli SC dan mentor saya?

* Dalam kempen kali ini, pihak Mentor Council sedaya upaya menyediakan segala medium untuk ahli PERUBATAN menyemak kembali status SC mereka. Maklumat dapat diperoleh melalui booth yang disediakan ataupun boleh terus berhubung dengan AJK pelaksana BOND dan Mentor Council bagi menyemak status anda.

Apakah harapan daripada kempen yang dilaksana?

* BOND diharapkan mampu menjadi batu loncatan dan pembakar semangat kepada setiap ahli PCI dalam menjadikan SC sebagai medan bagi mencapai matlamat hidup yang sebenar iaitu keredhaan Ilahi.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :