Sezzostreet, 6 Oktober –   Dengan tamatnya persembahan kumpulan terbaik ikhwah tahun satu, maka berakhirlah AHLAN ’12 di Iskandariah.  Program Sambutan Mahasiswa Baru (AHLAN ’12) yang telah berlangsung selama 4 hari sejak 3 Oktober yang lalu, telah membentuk ukhuwah antara kesemua mahasiswa tahun 1 bersama fasilitator dan AJK Program.

Program yang bermula pada 3 Oktober di dewan konvensyen yang selamat dirasmikan oleh  Profesor Madya Dr Haji Suaidi bin Dato’ Haji Safei pengarah Education Malaysia Egypt bersama Tuan Haji Isahak Othaman, Pengarah MARA Timur Tengah. Slot bersama EME & KBMK serta panduan Mahasiswa/i tahun 1 mengisi hari pertama program.

Rata-rata mereka berpuas hati dengan curahan ilmu dan pengalaman senior-senior mereka. Hari kedua yang lebih santai diisikan oleh slot akademik pada siang hari dan pada malamnya debat kedai kopi yang membuka minda adik-adik tahun 1. Peluang mahasiswa melontarkan idea-idea yang bernas dapat disaksikan pada hari tersebut.

Pemenang anugerah Mahasiswi Mithali, saudari Nabilah Abdul Malek berkata,  ”Program AHLAN telah berjaya memecah tembok kesukuan antara mahasiswa tajaan MARA , Yayasan Negeri , Agensi-agensi dan KPT .  Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat”. Anugerah tersebut yang telah dinilai berdasarkan beberapa kriteria antaranya, kepimpinan, disiplin & keakraban sesama kawan. 

Majlis Penutup yang diakhiri dengan Hari Hiburan Islam telah secara rasminya ditutup oleh pengarah program, Muhammad Haris Fadhillah Mohammad pada petang  7 Oktober 2012.  Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Muhammad Yadiy bin Abdullah, di dalam ucapannya, berkata “Objektif utama kita melakukan AHLAN ’12 kali ini, adalah bertepatan dengan tema ‘Embracing Diversity, Solidifying Unity pada kali ini. Semoga batch tahun 1 dapat menggantikan batch senior tahun 6 yang akan mula meninggalkan Mesir pada awal November nanti, inshaAllah’’.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :