12:37 am - Friday April 25, 2014

Soal Jawab Ramadhan 2012


Muqaddimah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah : 183)

‘Moga-moga’ bermaksud sudah ‘pasti’ kamu akan menjadi orang yang bertakwa jika berpuasa dalam bulan tersebut.
Ibadah puasa telah disyariatkan pada umat-umat sebelum ini.Nabi Muhammad adalah nabi yang menghimpunkan segala syariat nabi nabi sebelum ini selaku penutup segala nabi.Kewajipan berpuasa dibulan ramadhan bermula setelah Baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada tahun kedua hijrah.

Syariat puasa Nabi Muhammad adalah syariat puasa yang paling sempurna dari segala aspek.Pensyariatan awal ibadah puasa adalah dengan diberi pilihan sama ada ingin berpuasa atau tidak berpuasa dengan ganti memberi secupak sebagai fidyah.Selepas itu,syariat puasa diwajbkan secara mutlak tanpa diberi pilihan dengan turunnya ayat Al Baqarah : 183.

Fasa kedua kewajipan berpuasa ni merangkumi dua tahap :

  1. Puasa bermula apabila seseorang yang telah tidur pada waktu malamnya atau telah solat fardhu isya’.Namun seorang sahabat mengadu telah tetidur selepas maghrib dan terjaga pada malamnya,namun masih belum berbuka tetapi sudah bermula puasa kerana beliau sudah tertidur.Aduan kedua daripada Saidina Umar tidak dapat berjima’ dengan isteri kerana telah solat isya’.
  2. Tahap kedua turun wahyu dihalalkan berjima pada malam puasa.maka bermula pensyariatan puasa sebagaimana yang ada pada hari ini.

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.  (Al Baqarah : 187)

Nabi bersabda barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah akan diampunkan dosa-dosa kecil sebelum ini. (Riwayat Bukhari)

Semoga peluang yang diberikan digunakan sebaiknya kerana barangkali kita tidak berpeluang bertemu ramadhan akan datang.

Moga dengan penghayatan ini diterima oleh Allah dengan harapan impaknya berterusan sehingga lepas ramadan.


Sesi soal jawab

Mana yang lebih afdhal ketika bermusafir,puasa atau berbuka?

Merujuk pada surah Al Baqarah

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.   (Al Baqarah : 184)

Namun diakhir ayat mengatakan jika kamu berpuasa,itu lebih baik.

Bukan semua orang bermusafir itu diharuskan berbuka.orang yang harus berbuka ketika bermusafir ialah orang yang bermusair sebelum waktu subuh.

Bagi orang yang bermusafir,jika ada masyaqah maka ketika itu afdhal baginya berbuka.

Sebab yang dibolehkan berbuka melihat kepada bermusafir,bukan kerana keselesaan atau kepayahan ketika bermusafir.

Apa hukum pegang mushaf (Al-Quran) ketika sedang solat?

Ada dua hukum harus dan juga makruh kerana hilang fokus.

Kena ambil mushaf yang paling kecil

Kena jaga kedudukan Al Quran.

Jika guna stand ,letakkan disebelah kiri untuk memudahkan menyelak alquran.

Sama hukumnya dalam setiap jenis solat.

Jika memegang Al Quran menghilangkan khusyuk, sunat tidak pegang.

Perempuan yang tidak boleh berpuasa,apakah ibadah yang boleh  dilakukan untuk mendapatkan pahala di bulan ramadhan?

Nabi Muhammad bersabda,Orang yang tidak boleh buat ibadah kerana uzur syarie atau sakit,yang jujur dengan niatnya,maka insyaallah Allah akan beri kesemua pahala ibadahnya tidak kurang sedikit.

Apakah amalan yang digalakkan yang dalam bulan ramadhan?

  1. Segerakan berbuka.
  2. Melewatkan sahur.
  3. Jangan bercakap mendengar,melihat,atau segala yang melalaikan.
  4. Jangan bersugi selepas zuhur.kerana untuk mengelakkan bauan puasa yang disukai oleh Allah.
  5. Membanyakkan baca alquran.imam syafie telah mengkhatamkan alquran 60 kali pada bulan ramadhan.
  6. Beriktikaf di masjid

Adakah sah puasa jika tertinggal solat?

Sah,sama ada sengaja tinggal solat dengan sengaja atau tidak sengaja kerana ia tidak berkaitan.
Apakah sunnah rasulullah saw ketika bersahur dan berbuka?

Segera berbuka dan melewatkan sahur

Nabi Muhammad makan beberapa biji kurma dan beberapa teguk air. tetapi ini ikut cara pemakanan dan kesesuaian bangsa masing-masing.

Apakah bersalam dengan mak saudara terutama pada hari raya?

Jika suami bersalam dengan mak saudara isteri atau isteri bersalam dengan bapa saudara suami,hukumnya haram.

Jumhur berpendapat haram bersalam dengan bukan mahram.

Bilakah waktu dibolehkan solat sunat isyra’ dan solat sunat awwabin?

Solat sunat isyra’ lebih kurang 28 min setelah terbit matahari.

Solat sunat awwabin,antara maghrib dengan isya’ namun ada khilaf.

Umrah dalam bulan ramadhan?

Umrah yang balik adalah umrah dalam bulan ramadhan.

Terikat dengan pantang larang ramadhan dan umrah.Perlu banyakkan bersabar.

Apa hukum berdarah yang keluar ketika bersugi ketika berpuasa?

Batal jika kita telan. Perlu berkumur sehingga air kumur menjadi putih dan tiada kesan darah.

Apakah hukum rasa masakan ketika berpuasa?

Hukumnya makruh dan tidak batal.

Seorang bertolak di mesir waktu sahur,sampai di malaysia pada 30 sya’ban adakah beliau wajib berpuasa?

Hukumnya wajib puasa.

Bagaimana tentukan waktu solat,sahur dan berbuka dalam kapal terbang?

Mengikut waktu semasa tempat yang kapal terbang berada.

Orang yang telah membuat witir,kemudian bangun tahajjud,adakah perlu untuk mengulang witir?

Berlaku khilaf.

Witir adalah solat sunat terakhir pada waktu malam.paling sunat 3 rakaat.

Pendapat Imam Syafie solat satu rakaat sebelum witir kedua untuk menggenapkan witir pertama supaya witir pertama itu terbatal.

Namun Imam Nawawi berpendapat memadailah witir sebelum tahajjud.

Apakah hukum menggabungkan puasa qada dan puasa 6 di bulan syawal?

Ada pendapat menyatakan boleh.

Mazhab Maliki berpendapat tidak boleh secara mutlak.

Apakah kaifiyat berzikir?

Tahap zikir

  1. Hati dan mulut serentak (paling afdhal)
  2. Mulut sahaja.
  3. Hati sahaja.(kedua paling afhdal)

Zikir paling afdhal zikir daripada alquran dan yang diajar oleh Nabi Muhammad Saw

Hukum seorang wanita berdoa dan mengaminkan doanya lelaki?

Dalam solat tidak sah kerana perempuan tidak boleh menjadi imam solat kepada orang lelaki.

Diluar solat boleh tidak menjadi masalah.

Hukum mandi ketika berpuasa.

Harus.

Makruh selepas asar atau memandi terlalu lama.

Menelan semula kahak dan hingus?

Jika kahak telah berada di kawasan mulut,batal jika ditelan semula.

Sama seperti hingus jika terkeluar dari kawasan hidung,batal jika dimasukkan semula.

Apakah maksud berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga?

Hanya berpuasa zahir tetapi hati tidak berpuasa.

Adakah boleh seorang perempuan solat terawih di rumah atau masjid

Boleh dengan menjaga lantang larang.

Apakah perbezaan solat sunat isyra’ dan solat dhuha?

Setengah pendapat mengatakan kedua solat ini adalah solat yang sama.

Dimanakah tempat iktikaf?

Jumhur ulama berpendapat mesti di masjid.

Apakah henti haid pada waktu asar,perlu qada solat zuhur?

Perlu qada’ , juga qada solat magrib jika henti haid pada waktu isya’.namun jika berhenti haid dalam waktu subuh,tidak perlu qada’ solat isya’ jika suci haid pada waktu subuh.kerana zuhur-asar dan maghrib-isya’ merupakan waktu solat yang dibolehkan lakukan solat jama’.

Apakah hukum berpuasa lebih 29/30 hari? Cth : Berpuasa di Mesir yang berpuasa lebih awal kemudian sambung di Malaysia.

Boleh,perlu mengikut tempat beraya, meraikan penduduk tempat tersebut.

Filed in: Unit Pembangunan Insan

Comments are closed.