Simsar merupakan orang tengah yang menghubungkan antara tuan rumah dengan kita yang ingin menyewa rumah. Simsar juga bertanggungjawab dalam mencari rumah-rumah sewa yang ada di satu-satu kawasan. Biasanya mereka mempunyai pejabat mereka sendiri.Setiap kawasan ada simsar masing-masing. Bolehlah bertanya kepada senior-senior atau orang Mesir di mana lokasi pejabat simsar.

Kami dipihak Unit Perumahan, menerima pelbagai rugutan bahawa terdapat simsar yang tidak amanah dalam membantu mahasiswa/wi dalam pencarian rumah sewa. Sebagai contohnya, terdapat simsar Arab yang mengambil upah kali kedua selepas setahun mahasiswa/wi tersebut menyewa rumah, yang mereka duduki. Bahkan terdapat juga mahasiswa/wi ditipu oleh simsar Arab, seperti meletakkan upah yang tinggi walaupun tidak mendapat rumah tersebut.

Sebagai jalan penyelesaian, kami menggalakkan mahasiswa/wi untuk mencari rumah supaya tidak meletakkan sebulat-bulat pengurusan rumah kepada simsar Arab seperti tanya pada bawab atau Penjaga Pintu Imarah, rumah yang memerlukan ahli bait baru, rumah-rumah Tahun 6 yang bakal habis pengajian tahun ini atau menggunakan khidmat daripada Ust Hakim (pengurus Restoran Mumtazah) Di bawah kami lampirkan borang Simsar Blacklist untuk anda komen sebarang permasalah berkaitan Simsar di Iskandariah. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada PCI.

BORANG SIMSAR BLACKLIST

 
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :