Muhadharah Ammah bersama Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Abdul Ba`ith Al-Husaini Al-Kattani

Tajuk : Kesungguhan & Cabaran Seorang Muslim Menuntut Ilmu
Tarikh : 14 Jun 2012
Masa : 7.45 malam
Tempat : Masrah Iskandariah
Penterjemah : Ustaz Akli Ahmad (PhD Al-Azhar)

Tentatif:
7.45-8.00 malam : Kehadiran 
8.00-8.45 malam : Tazkirah ringkas oleh Ustaz Akli Ahmad
8.45-8.50 malam : Qasidah
8.50-10.15 malam : Slot bersama Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani 
10.15 malam : Bersurai

Pengenalan Diri

Nama : Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
Asal Keturunan : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA
Bapa : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
Tarikh Lahir: 01 Jun 1946 M
Tempat Lahir : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir

Biodata Syeikh:

Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini.

Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani. Di antara gurunya juga ialah al Muhaddisth Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.

Sumber : baihaqi.net

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :