Dalam kita gigih berusaha untuk menghadapi ujian dan peperiksaan,terkadang kita terlupa akan ujian-ujian lain yang turut mewarnai kehidupan Dalam kegigihan mengingati subjek-subjek yang telah dipelajari,kita terlupa untuk menjaga kesihatan diri.

 

( نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ )

-رواه البخاري-

 

“Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.”

[Riwayat Bukhari]

 

Ujian dalam Nikmat

 

Ramai yang mengambil pengiktibaran daripada hadis dengan tidak menyalahgunakan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan untuk tujuan kemaksiatan,tetapi lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut dengan menjaga kesihatan yang telah Allah berikan. Lebih-lebih lagi dalam fatrah imtihan sebegini,terkadang nikmat sihat itu dilupakan dek kerana terlalu fokus mengejar nikmat kejayaan yang diinginkan.

 

Terlalu asyik belajar katanya,sehinggakan masa makan dan masa tidur turut terabai.Dalam menikmati kesihatan,kita sebenarnya diuji dengan kealpaan.Oleh itu,di sini disertakan beberapa perkara dan amalan penting mengenai kesihatan yang perlu dititikberatkan dan dipraktikkan bersama,terutamanya dalam fatrah imtihan sebegini :

  1. Solat. Sama ada solat fardhu mahupun sunat,kedua-duanya memberikan kesihatan yang menyeluruh dari segi fizikal dan mental. Solat tahhajud? Tafaddhal J

 

  1. Makanan yang halal dan seimbang.Seorang bakal doktor Muslim yang sihat merupakan seseorang yang berdisiplin dalam pemilihan makanan yang menepati syara’ dan piawaian kesihatan.

 

  1. Berpuasa sunat.

  1. Tidur dan rehat yang mencukupi.

 

  1. Tadabbur Al-Quran serta zikrullah mampu mengurangkan masalah stress ketika mengulangkaji. Ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.

 

  1. Senaman dan riadah. Paling mudah,ringankan kaki ke masjid-masjid berdekatan jika tidak mampu untuk melakukan senaman ringan yang lain.

 

Jika seorang Muslim sering diingatkan kembali tentang keIslamannya,begitulah juga buat kita bakal-bakal pengamal kesihatan,perlu juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan mereka. “Sedangkan seorang doktor juga perokok tegar”. Begitulah analoginya.

 

!العقل السليم في الجسم السليم

 

Nikmat dalam Ujian

 

Namun ada ketika kita akan tetap diuji dengan ditariknya nikmat kesihatan. Saat itu yakinlah wujud kenikmatan dalam ujian yang Allah berikan. Ada mesej yang cuba Allah sampaikan dengan hadirnya ujian dan musibah dalam diari kehidupan hamba-hambaNya. Percayalah,ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap aturan Ilahi.

 

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (HR. Muslim)

 

“Kalau manusia itu tidak pernah mendapat ujian dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerananya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang diberikan kepadanya dapat membersihkan  jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci karena penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.” (Ibnu Qayyim)

 

Ramai antara kita yang tertipu dengan bisikan syaitan,gagal bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan kerana itu ditimpakan musibah supaya manusia mengambil pengajaran.Kita yang masih sihat,bersyukurlah dengan menjaga dan memanfaatkan dengan sebaiknya nikmat kesihatan yang dikurniakan dalam kembara menjadi doktor berjiwa hamba.

 

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim)

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :