Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam pemilik sifat rahmah pemberi segala nikmat yang tidak terkira dengan keterbatasan ilmu kita yang bernama manusia ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W , yang melalui baginda, kita pada hari ini hidup dalam nikmat iman dan Islam.

Tanggal  16 dan 17 Jun 2012 kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Antaranya:

  1. Seluruh mahasiswa di bumi Mesir diberikan cuti oleh pihak universiti sempena Pilihanraya Mesir Pusingan ke-2.
  2. Jutaan rakyat Mesir keluar mengundi di antara dua calon iaitu Muhammad Mursi dan Ahmad Syafiq yang bakal memimpin kerajaan Mesir pasca-revolusi.
  3. Penerusan serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim di Myanmar.
  4. Darah umat Islam Sunni di Syria terus ditumpahkan oleh rejim Basyar Al-asad sehingga ke hari ini.
  5. Tanah Palestin hari demi hari masih lagi dalam genggaman  Zionist.
  6. Penindasan yang masih berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia.Antara beberapa peristiwa ini,kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil tahu akan perkembangan umat Islam di sekeliling kita . Atas dasar aqidah yang satu Islam menjalinkan ikatan persaudaraan yang utuh dalam setiap jiwa yang mengaku keimanan seperti firman Allah S.W.T dalam ayat yang tidak asing bagi kita :

“ Sesungguhnya setiap orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah BERSAUDARA , maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu , dan bertaqwalah supaya kamu beroleh rahmat “

(Surah Al-Hujurat : 10)

Oleh itu saya mewakili pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah Sesi 2012/2013 berasa terpanggil untuk menyeru seluruh mahasiswa Sains Kesihatan di bumi Iskandariah ini untuk menyatakan serta membuktikan keprihatinan dan kasih sayang anda terhadap saudara se-Islam kita dengan menunaikan beberapa perkara iaitu :

  1. Mendirikan solat Hajat (sama ada individu / berjemaah) bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan  seluruh umat Islam di dunia.
  2. Mengamalkan Qunut Nazilah di dalam solat.
  3. Berdoa.

    klik untuk paparan lebih besar

Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai satu amalan yang akan diberikan ganjaran dari-Nya. Mudah-mudah dengan doa kita Allah S.W.T memakbulkan dan memberikan kemenangan kepada Islam, tidak kira dimana ianya berada. Semoga kemenangan pilihan raya Mesir berpihak kepada kebenaran, Rejim Basyar Al-Asad dapat digulingkan, penghapusan etnik muslim Rohingya diberhentikan, negara Palestin kembali didaulatkan dan seterusnya maruah dan harga umat Islam di seluruh dunia dikembalikan.

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah
Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati.

Muhammad Yadiy bin Abdullah
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
Sesi 2012/2013

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :