Bersempena dengan Kempen Aqsa PERUBATAN  yang bermula 8hb Mei sehingga 15hb Mei 2012, Unit Penerbitan & Penerangan dengan kerjasama Aqsa PERUBATAN membuka ruang kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah berkarya sebagai medium untuk menzahirkan rasa cinta dan simpati terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestina.

Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pada 14 Mei 2012, jam 10 malam.

Maklumat berkaitan pertandingan dan syarat-syarat pertandingan seperti yang tertera di bawah:

• Berkaitan dengan kempen Palestin
• Format wallpaper: 1920×1080 (width x height) pixels

• Mempunyai maklumat berikut:
1. Nama program: AQSA
2. Tema : Luka yang belum dituntut
3. Logo : AQSA PERUBATAN

Sila Klik Untuk Download

• Penghasilan karya konsep bebas sama ada karya forografi ,karya reka bentuk (design) wallpaper mahupun Kartun (komik).

• Menjaga sensitiviti, bebas dari unsur kutukan, hasutan, kejian dan sesuai untuk tatapan umum.
• Pemenang diisytiharkan sewaktu penutupan kempen ‘AQSA’ pada 15 Mei 2012
• Sila hantarkan penyertaan anda dalam bentuk attachment, atau upload melalui MediaFire/Rapidshare. Emailkan ke alamat berikut ( alifakmal_19@yahoo.com)
• Penyertaan terbuka kepada Ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah
Krew mediaPERUBATAN tidak dibenarkan memasuki pertandingan ini.

• Tarikh tutup penyertaan dan penyerahan karya selewat-lewatnya 14 Mei 2012 sebelum 10 malam.
• Sebarang karya yang dihantar akan menjadi hak milik mediaPERUBATAN.
•Terhad kepada 2 penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
•Untuk maklumat lanjut, sila layari PERUBATAN Online & Facebook PCI mengenai pertandingan ini.

Serlahkan bakat yang terpendam!

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :