Sebagai pelajar perubatan di bumi Iskandariah, adalah menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita untuk menghabiskan masa di perpustakaan bagi menghadam ilmu-ilmu perubatan yang kita pelajari. Ramai yang sedia maklum mengenai perpustakaan yang disediakan di bangunan Convention centre dan Muwassah. Namun, ramai pelajar yang tidak mengetahui perihal perpustakaan Universiti di tingkat 6, Bangunan Akademik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(kiri) Pintu masuk Perpustakaan di tingkat 6, Academic Building.

(kanan) Locker yang disedikan bagi menyimpan barang-barang peribadi.

Perpustakaan baru ini ternyata lebih selesa, luas dan mempunyai fasiliti-fasiliti yang lebih menarik berbanding perpustakaan universiti yang lain. Lokasi perpustakaan ini yang jauh dari hiruk-pikuk kota Iskandariah juga menjanjikan ketenangan kepada para siswa dan siswi yang ingin mengulangkaji pelajaran.

Waktu operasi:

*pelajar diingatkan agar membawa kad pelajar bagi memasuki perpustakaan ini.

 

 

Dewan Utama terletak di tingkat bawah. Rak-rak buku pula di tingkat atas.

 Perpustakaan ini juga menyediakan 2 buah makmal komputer beserta internet bagi kemudahan para pelajar. Headphone disediakan untuk menjamin keselesaan pengguna.

 

 

 

 

 

 

 

Pelbagai buku rujukan antarabangsa disediakan serta thesis PhD dan master yang boleh dijadikan sumber rujukan ‘assignment’.

Study Hall yang ditempatkan berasingan dengan dewan utama perpustakaan, membolehkan para pelajar membuat ‘study group’ tanpa menganggu pelajar-pelajar lain.

Mesin fotostat bagi kemudahan para pelajar.

 

Diharapkan agar para mahasiswa dan mahasisiwi Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah dapat mamaksimakan penggunaan perpustakaan ini, lebih-lebih lagi menjelang musim peperiksaan yang bakal menjelma. Selamat maju jaya

“Conquer the negative, explore the positive”

Disediakan oleh: Amalina Allaudden dan Wan Izzat Wan Maharuddin (AJKT Akademik PCI)

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :