Bismillahirrahmanirrahim

Penangguhan Program PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Sehubungan dengan perkara dia atas, Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) Sesi 2012/2013 menetapkan penangguhan setiap program PCI peringkat Iskandariah bermula pada :

2 JUN 2012

2. Penangguhan program adalah merujuk kepada bermulanya fatrah imtihan (musim peperiksaan) bagi mahasiswa/i Perubatan Tahun 1 sehingga Tahun 6. Justeru, penangguhan program akan berlangsung sehingga tamatnya peperiksaan akhir semester.

3. Beberapa program telah dipertimbangkan di peringkat Panitia Perancang sebagai pengecualian untuk dilaksanakan pada bulan Jun bagi memenuhi keperluan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Antara program yang terlibat adalah :

(i) Tafaquh Fiddin – Terakhir (7 Jun 2012)

(ii) LIFE FInale Tahun 1 (8 Jun 2012)

(iii) Program/aktiviti di bawah Exam Fever Campaign

(iv) Program Sambutan Israk Mikraj

(v) Program/Aktiviti berskala kecil Organisasi Batch PCI

[prioriti adalah program yang berbentuk akademik]

4. Smart Circle (SC)

Smart Circle (SC) boleh dijalankan pada fatrah tawaquf ini bergantung kepada persetujuan dan kesepakatan bersama antara Mentor dan adik-adik Mentee SC. Adalah digalakkan bagi ahli untuk menjadikan medium SC sebagai medium pengisian rohani ketikamana fatrah persediaan imtihan ini sebagai sumber kekuatan diri dan di samping itu juga boleh dimanfaatkan medium SC sebagai medium untuk mengulang kaji pelajaran bersama dengan sahabat-sahabat SC yang lain (Study Group).

5. Pengecualian aktiviti atau program yang lain perlulah dirujuk kepada Panitia Perancang PCI dan akan diberikan pengecualian untuk dilaksanakan setelah dipertimbangkan dan diluluskan di peringkat Panitia Perancang PCI.

6. Kami di pihak kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah menyarankan semua ahli untuk meletakkan prioriti dan keutamaan sebaiknya sepanjang tempoh getir ini.

7. Semoga kita dapat sama-sama memberikan fokus dan tumpuan terhadap peperiksaan yang bakal menjelang, di samping menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t serta hubungan silaturrahim sesama kita. Sama-samalah kita untuk saling mendoakan kejayaan kita bersama.

8. Semoga dengan berkat usaha,doa dan tawakal yang berterusan,ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah [PCI] dikurniakan kecemerlangan dan kejayaan di dunia, bahkan juga di akhirat kelak.

 

Wallahua’alam

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Afiq Muhammed Fahimy
Timbalan Pengerusi 1.
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2012/13
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :