Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Akhir-akhir ini, ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengalami masalah dalam pencarian rumah sewa disebabkan oleh peningkatan harga sewa yang tidak setimpal dengan keadaan rumah. Rentetan masalah tersebut, Unit Perumahan mengambil keputusan mengeluarkan Etika Mencari Rumah bagi Sesi 2012/2013 bagi mengawal harga sewa rumah di Iskandariah dan kami berharap ahli PCI boleh mengikut etika tersebut supaya bebanan yang dirasai ahli dapat dikurangkan. Usahlah kita bersikap memagar diri bagai aur,yang bermaksud hanya mementingkan diri sendiri sahaja apabila langsung mengambil rumah sewa yang tinggi harganya dan tidak memikirkan kesusahan ahli lain yang mungkin tidak mempunyai sumber kewangan yang baik.

Pada 18 Mei bersamaan hari Jumaat yang lepas, mahasiswa/wi Tahun 1 MARA telah diberikan taklimat mengenai cara-cara mencari rumah. Dalam perjumpaan tersebut, kami menjemput Encik Bakri Ibni Shah bin Baharudin sebagai wakil pegawai MARA dan semua Unit Perumahan sebagai pengenalan AJK Unit Perumahan kepada mahasiswa/wi Tahun 1. Kami menyarankan agar mahasiswa/wi Tahun 1 MARA sudah bermula mencari rumah sebelum menjelang musim peperiksaan dan pulang ke tanah air. Usah menunggu disaat akhir, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit  dulu, bersenang-senang kemudian.

“AJK Unit Perumahan kurang dikenali oleh ahli PCI kerana kami lebih bergerak dalam kerja teknikal berbanding unit-unit yang lain yang kerap mengadakan program-program besar”, berkata Raja Shahrizad, Ketua Unit Perumahan PERUBATAN Cawangan Iskandariah semasa majlis taklimat bersama mahasiswa/wi Tahun 1. Kami ingin membantu ahli PCI khususnya dalam penempatan ahli di Iskandariah. Kami juga berharap ahli PCI tidak malu untuk bertanya  perihal rumah daripada mencari rumah hingga tips-tips penjagaan rumah. Segan bertanya sesat jalan.

Akhir kalam, Unit Perumahan berharap agar seluruh warga PCI dapat mematuhi etika ini dan  bagi menjaga keamanan bersama.

Di bawah kami lampirkan Etika Pencarian Rumah

 

 
Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid
Ketua Unit Perumahan PCI 2012/13
0114-5952383

 
Siti Nurliana binti Zulkefli
Timbalan Ketua Unit Perumahan PCI 2012/13
0111-2282899

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :