1. SLIP PEPERIKSAAN

Universiti hanya akan mengeluarkan slip peperiksaan pada akhir semester kedua setiap tahun SAHAJA. Namun, universiti memberi pengecualian kepada mahasiswa-mahasiswi yang memerlukan slip bagi tujuan permohonan tajaan atau tujuan penjelasan yuran . Urusan selain daripada tujuan tersebut, diharap menunggu slip peperiksaan pada akhir tahun. Kepada mana-mana siswa siswi yang pernah meminta slip daripada universiti, diharap dapat menyimpan beberapa salinan kerana pihak universiti tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menguruskan hal berkenaan slip.

2.       GRED TERBARU UNIVERSITI

Universiti sedang dalam satu proses membaiki semua keputusan peperiksaan yang telah diumumkan dengan menggunakan gred baru bermula dengan batch 06/12 sehingga batch 11/17.  Perubahan gred baru adalah seperti dibawah :

Unit Akademik telah mengusulkan kepada universiti untuk mengumumkan Cumulative Grade Point Average (cGPA) pada setiap akhir semester kedua. Pihak universiti memandang positif akan hal ini, dan bersetuju atas alasan mahasiswa-mahasiswi dapat menilai prestasi akademik masing-masing.

3.       ANUGERAH DEKAN

 Universiti juga bersetuju secara umumnya untuk memberi hadiah kecemerlangan dan penghargaan kepada mahasiswa-mahasiswi yang tersenarai dalam senarai dekan, namun perkara ini akan diperincikan lagi oleh Unit Akademik

4.       SUBJEK ELEKTIF

Universiti telah mewajibkan semua siswa siswi untuk mengambil 3 subjek elektif sepanjang pengajian di universiti. Sebagaimana yang diketahui, subjek elektif penting untuk menyumbang kepada jam kredit dalam sistem pengajian. Para mahasiswa/i boleh memilih 2 subjek elektif yang ditawarkan oleh universiti tidak kira subjek berkaitan dengan perubatan atau tidak seperti ‘Egyptian Culture’ dan sebagainya tetapi subjek elektif arab ammiyah telah menjadi subjek elektif wajib kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.

 

5.       KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pihak universiti telah berjanji untuk berusaha sedaya upaya supaya keputusan peperiksaan akhir semester dapat dikeluarkan seawal mungkin bagi memudahkan siswa siswi yang terpaksa mengulang bersedia lebih awal.

6.       KEWAJIPAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN ULANGAN

Pihak universiti mewajibkan semua siswa siswi yang mengulang modul untuk mengambil peperiksaan ulangan pada cuti musim panas pada tahun yang sama. Pihak universiti telah memaklumkan bahawa, mana-mana mahasiswa/i yang membawa lebih daripada 2 modul (untuk pelajar tahun pre-klinikal), tidak dibenarkan sama sekali untuk naik tahun. Mengikut pihak universiti, sistem ini akan dijalankan bermula pada sesi akademik akan datang. Dan sepertimana yang semua maklum, untuk naik ke tahun klinikal, para mahasiswa/i perlu LULUS semua modul.

7.       Kelas ICDL (International Computer Driving License)

ICDL  akan diteruskan seperti biasa. Semua SR boleh menghubungi coordinator tahun masing2 untuk meneruskan baki kelas atau mana-mana peperiksaan yang tertangguh. Kelas ICDL ini berada di bawah tanggungjawab Dr Hala, jadi, SR boleh berhubung dengan Dr Hala dan  coordinator tahun.

8.       MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Pihak universiti akan bersikap lebih tegas dalam peperiksaan seperti mengawasi mana-mana mahasiswa/i yang cuba meniru dan menggunakan muslihat lain untuk mendapat jawapan. Individu tersebut akan ditangkap secara langsung dan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan.

 

9.       PROGRAM ‘ATTACHMENT’ di Hospital Universiti

Program ‘attachment’ dengan Hospital Universiti Iskandariah akan diteruskan seperti tahun lepas. Jadi, SR perlu mengutip nama-nama individu yang berminat dengan program ini dan menyerahkan nama tersebut kepada AJKT Akademik PCI. Tiada prosedur khas diperlukan, hanya nama pelajar. Sebarang cadangan daripada SR kepada universiti amat dialukan seperti ingin mencadangkan spesikasi jabatan yang dikehendaki untuk attachement di Universiti.

 

10.   KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

Pihak universiti telah menyediakan 3 buah perpustakaankepada para mahasiswa/i untuk kemudahan bersama. Sebuah di Moussah, dan 2 buah di Miri; di bangunan Convention Center dan bangunan akademik, tingkat 6.  Pihak universiti amat berharap para mahasiswa/i dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya lebih-lebih lagi perpustakaan baru di bangunan akademik kerana ia lebih luas, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan computer. Pihak universiti tidak mampu menunaikan permintaan untuk melanjutkan operasi perpustakaan sehingga pukul 6 pada waktu musim panas atas alasan, kekurangan kakitangan dan waktu bekerja sehingga pukul 4 sahaja.

 

11.   KEHADIRAN KE KULIAH

Pihak universiti akan mengeluarkan memo baru untuk mengingatkan para mahasiswa/i mengenai peraturan hadir ke kuliah, dimana kehadiran mana-mana individu yang kurang daripada 75% tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan dan keputusan peperiksaan tidak akan diumumkan sehingga ada budi bicara daripada universiti.

 

12.   YURAN PENGAJIAN PEPERIKSAAN ULANGAN

Dr Wafa sebagai coordinator program IUMP Universiti Iskandariah telah banyak kali berusaha untuk menurunkan yuran tersebut namun pihak atasan universiti tidak bersetuju. Pihak Unit Akademik PCI berharap semoga setiap siswa dan siswi dapat belajar bersungguh-sungguh dalam masa yang sama kami akan terus membawa isu ini untuk dibincangkan dengan pihak universiti.

13.   KAD PELAJAR

Pihak universiti memohon maaf atas kelewatan pengeluaran kad pelajar pada tahun ini. InsyaAllah kad mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1 akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat dan akan disusuli oleh tahun-tahun yang lain.

 

Sebarang permasalahan atau cadangan penambah-baikan sistem universiti boleh diutarakan kepada SR tahun masing-masing atau terus kepada AJKT Akademik PCI.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :