Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Berikutan dengan usul memperkasakan sistem musyrif di bumi Iskandariah ini, iaitu dengan menubuhkan sebuah organisasi tersusun yang kini dikenali sebagai Jaringan Musyrif (JAMU), telah pun kian bergerak menghasilkan jadual musyrif bagi perkhidmatan umum kepada seluruh warga PCI khususnya akhawat pada waktu malam.

Saban hari didengarkan, akhawat semakin ramai menggunakan sistem musyrif, namun tiada cara yang ideal untuk mendapatkan khidmat musyrif yang effisien. Syukur ke hadrat Ilahi, jadual musyrif yang tersusun mengikut tempat dan hari telah pun dihasilkan oleh JAMU, berdasarkan sifat juang para ikhwah yang sudi tanpa paksa rela.

Ala kulli hal, pihak JAMU akan terus memantapkan lagi jadual musyrif harian pada masa akan datang dengan menambahkan lagi bilangan tenaga ikhwah, agar jadual ini dapat terus dimanfaatkan dengan cara bergilir-gilir. Hal ini bagi mengurangkan kadar kepenatan para ikhwah.

Akhir kalam, pihak Jamu berharap agar seluruh warga PCI dapat mematuhi cara dan etika musyrif yang pernah dikeluarkan, dan terus menyokong dan menggunakan khidmat musyrif bagi menjaga keselamatan dan keamanan bersama.

Di bawah kami lampirkan Poster Jamu, Jadual Musyrif serta Etika Penggunaan Musyrif.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid
Ketua Unit Perumahan PCI 2012/13
0114-5952383

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Siti Nurliana binti Zulkefli
Timbalan Ketua Unit Perumahan PCI 2012/13
0111-2282899

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :