“Full House”  

Rumahku Syurgaku ♥

Deru desau ombak menghempaskan diri menyingkap memori kampung halaman. Mungkinkah ini yang dinamakan rindu.

Musim berganti musim.

Hari ini matahari menyinar garang mamancarkan cahayanya ke seluruh pelusuk Iskandariah. Aku berasa sedikit rimas. Alat pemanas yang aku gunakan sepanjang  musim sejuk yang lepas, telah lama aku bungkus kemas ke dalam kotak, tersusun rapi di satu penjuru kamarku.

“Panas-panas macam ni yang buat aku malas nak jalan kaki ni. Roy, naik teksi jom. Senang.”

Roy mengerutkan dahi sambil memandang Yusry. “Ye pun nak naik teksi, agak-agak la. Dua minit jalan dah sampai kot. Aku dah la pokai ni. Nak balik Malaysia pulak nanti.”

“Masalahnya, panas tahap apa dah ni. Habis kulit kau gelap nak balik Malaysia nanti, family kau pun tak kenal kau dah.”

“Ikut kau la Yusry, kau nak sangat aku on je, janji kau bayar kat pak cik teksi tu.” Roy tersengih menampakkan giginya. Yusry mencebik geram lalu meneruskan langkah menahan teksi yang meyusur laju.

Pencarian itu meyeksakan.

“Kalau soal pencarian jodoh, aku rasa aku masih muda untuk berkahwin. Lagipun, Allah dah tetapkan jodoh untuk aku. Jadi, aku kena yakin dengan Allah. Nanti dah nak jadi bujang terlajak, baru aku mintak mak carikan,” Yusry bemonolog sendiri sambil tersenyum.

“Kalau soal pencarian RUMAH, berat kepala aku nak fikir.”

Yusry pening memikirkan masalah rumahnya yang belum lagi selesai. Pencarian rumah hari demi hari meredah musim panas ini menguji kesabarannya.

Hari ini cerah kerana pokok sudah berbuah.

Hari ini merupakan kali kelima aku berpindah sepanjang aku menetap di Mesir. Akhirnya, pencarian kami berakhir setelah bejaya mancari satu rumah dengan harga yang berpatutan di saat semua pelajar Malaysia sibuk mencari rumah. Kadang-kadang aku terfikir untuk kembali ke tanah air, hidup dengan selesa dan tenang tanpa memikirkan masalah rumah, bil air, bil elektrik, internet, barang dapur, tugas harian. “ Bosan, bosan!”

Namun aku harus tabah kerana aku tahu setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya dan baik buat aku.

Rabu, 4 April 2012.

“Assalamualaikum, boleh mintak tolong jadi musyrif malam ni dari Mansyiah ke Mandarah? InsyaAllah pukul 8 malam.”

“InsyaAllah boleh.”

Yusry memang terkenal sebagai seorang pelajar yang tidak lokek untuk memberi bantuan. Dia merasakan bahawa menjadi seorang musyrif itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

Sepanjang perjalanan balik dari Mandarah ke rumah, Yusry terlihat seorang lelaki tua yang duduk di bahu jalan mengemis meminta sedekah. Langkah yusry terhenti memerhatikan lelaki tersebut. Lantas, dia mengeluarkan beberapa keping wang syiling untuk disedekahkan kepada pak cik tersebut. Hatinya sedikit tersentuh. Dia  selalu membayangkan untuk tinggal di rumah yang mewah seperti di Malaysia, sedangkan lelaki tua tadi hanya duduk berbumbungkan awan gelap dan berlantaikan bumi, menunggu sumbangan daripada orang ramai yang lalu-lalang untuk meneruskan hidup. “Betapa syukurnya aku. Aku ada rumah tempat berteduh, aku ada keluarga yang mengambil berat tentangku, aku ada wang dan aku ada semuanya.”

Aku tahu merantau itu sukar. Pastinya kerinduan sering dirasakan. Kesenangan sering menjadi impian. Tapi ingatlah, hidup ini pasti lebih indah andai matahari muncul di saat hujan rintik turun kerana di situ akan lahir sang pelangi, berkilau cantik menghiburkan hati yang gundah. Aku tahu setiap kesusahan yang aku alami, pasti akan disertai dengan kemudahan. Itu janji Allah.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (kesenangan dan ganjaran).”

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (kesenangan dan ganjaran).”

(Surah As-Syarh : 5-6)

Aku memandang laut. Biru, jernih dan tenang. Aturan Allah sangat indah. Ombak berhempas pulas menyambut kedatangan nelayan yang gigih mencari sumber rezeki. Burung-burung terbang berkumpulan laju seakan-akan berlumba melawan tangkasnya tiupan angin. Aku masih setia duduk merenung pantai lantas terasa syukur di dalam hati. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan aku berteduh di bumi-Nya yang sementara ini.


Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :