1. Alexandria Spring Festival (ASFES) ?

ASFES ialah satu program yang diadakan oleh PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) bersempana dengan cuti musim bunga ini. Program ini seakan-akan Hari Keluarga atau Hari Terbuka bagi seluruh warga Iskandariah.

2. Siapakah yang boleh menyertai Festival ini ?

Festival ini terbuka kepada semua mahasiswa sains kesihatan (PERUBATAN, PERGIGIAN, dan FARMASI) di Mesir serta bagi semua warga PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

3. Apakah Acara-acara yang akan dilaksanakan??

-Alex Fiesta ( Funfair, Bazaar mega, Pameran )
-Sukan Interbatch & sukan tradisional
-Talk Kerjaya & Profesional
-Aktiviti menarik daripada Alex Medical Team
-Bengekl ERT
-Malam Kebudayaan Islam
-Tafakuh Edisi Khas & Daurah Kitab
-Majlis Keraian Raja Sehari & Permata Alex.

4. Ada Apa-apa bayaran di kenakan ke ?

Tiada apa-apa bayaran yang akan dikenakan kepada semua peserta. Tetapi untuk Majlis Keraian Raja Sehari, anda diminta untuk membayar sebanyak LE 5 sahaja untuk perbelanjaan makanan yang sangat berbaloi kerana makanan yang disediakan adalah NASI MINYAK.

5. Bilakah tarikh festival ini berlangsung ? Di mana ? 

Festival ini dijalankan dari 12/4/2012 hingga 15/4/2012 mulai hari Khamis hingga Ahad. Bertempat di Asrama MARA, Masrah Iskandariah dan Istad Gamaah.

**Tentatif penuh boleh dilihat di sini  

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :