3 MAC 1924 – JATUHNYA KHILAFAH ISLAMIYYAH

BAHAGIAN 1

Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Khilafah Islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam yang amat menggerunkan pihak barat. Khalifah sebagai pemimpin umat Islam serta pengganti Rasulullah bagi mentadbir dan memerintah negara Islam, merupakan ketua bagi umat Islam secara keseluruhannya.

Namun begitu, kerajaan Islam, setelah beberapa abad ia mempunyai kuasa, sehingga dua pertiga dunia berada di dalam genggamannya, secara rasminya dibubarkan pada 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H oleh seorang pengkhianat, Mustafa Kemal Atartuk. Kerajaan Islam terakhir yang mampu bertahan sehingga jatuhnya Khilafah Islamiyyah ini adalah Kerajaan Uthmaniyyah.

MUSTAFA KEMAL ATARTUK

Mustafa Kemal Atartuk merupakan dalang dan pengkhianat di sebalik kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan pembubaran Khilafah Islamiyyah khususnya. Mustafa dilahirkan di Salonica pada 12 Mac 1881. Salonica merupakan kota orang Yahudi yang mempunyai penduduk seramai 140 000 orang. 20 000 daripada mereka merupakan orang Yahudi Aldunama, iaitu kaum Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam.

KEPERIBADIANNYA:

Sewaktu kecil, Mustafa Kemal Atartuk sangat dibenci dan disisihkan oleh teman-temannya. Beliau sering bertengkar dengan guru, dan sentiasa akan merasa senang jika beliau berjaya menyakiti seseorang. Beliau juga disifatkan mempunyai perangai yang lebih teruk daripada binatang. Beliau bukan seorang yang berperikemanusiaan, sentiasa menunjukkan kesombongan diri, sering bergelumang dengan maksiat, menjadikan arak dan judi itu sebagai makanan hariannya. Beliau juga sangat membenci bangsa Arab.

PENDIDIKANNYA:

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Fatimah, yang merupakan sebuah sekolah agama yang masyhur. Namun kerana ayahnya amat membenci syeikh-syeikh agama, Mustafa telah dipindahkan ke sekolah lain yang berdasarkan sukatan pelajaran Barat dalam pendidikannya. Pada usia dua belas tahun, beliau telah menyertai sebuah sekolah tentera di Salonica. Di sinilah guru-gurunya menggelarkannya dengan nama ‘Kemal’ yang bererti bijak dalam pelajaran dan matematik.

Pada tahun 1985, sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah menyertai Sekolah Tentera Monaster dan pada 1989, beliau menyertai Sekolah Tentera Istanbul. Di sini beliau mula bergiat dalam bidang politik dan menyertai gerakan-gerakan rahsia. Pada tahun 1902 pula mendapatkan pendidikan di Akademi Staf Komando Militer dan lulus pada tahun 1905.

Mustafa Kemal Atartuk merupakan militer Turki yang telah membuat konspirasi dengan pihak Barat, untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah dan menjadikan Turki sebuah republic yang mengamalkan dasar sekular. Dia meninggal dunia pada Khamis, 10 November 1938, kerana menghidapi pelbagai penyakit, dia antaranya Sirosis Hepatis kerana pengambilan alkohol yang banyak, penyakit kelamin (GO) serta beberapa penyakit lain yang memeritkan.

PEMBUBARAN KHILAFAH ISLAMIYYAH-3 MAC 1924M

Setelah lama merancang secara teliti serta mengadakan pakatan-pakatan rahsia, membawa masuk unsur-unsur negatif kepada kerajaan Uthmaniyyah, serta kewujudan individu-individu yang bertalam dua muka, terutamanya Mustafa Kemal Atartuk yang menjadi dalang utama, membawa harapan kepada Barat serta melaksanakan impian mereka untuk menghapuskan Khilafah Islamiyyah yang menjadi nadi kekuatan umat Islam, akhirnya pada 3 Mac 1924, secara rasminya Khilafah Islamiyyah dibubarkan.

Pada tarikh ini juga, selain pembubaran Khilafah Islamiyyah, Mustafa Kemal Atartuk dengan rasminya telah menjalankan beberapa perubahan drastik, antaranya:

a. Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara

b. Menutup mahkamah-mahkamah Syariah

c. Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf

d. Menghalau keluar Khalifah Abdul Majid II serta semua ahli keluarganya dari Turki.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :