Bismillahirrahmanirrahim

Assalamulaikum wbt

Sedar tidak sedar,tahun ini Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan  Malaysia- Mesir, PERUBATAN telah mencapai usia 10 tahun. Selari dengan usia 10 tahun ini, pelbagai perubahan telah dilakukan dalam menjadikan PERUBATAN ini sebuah persatuan mahasiswa yang matang dan berkebajikan.

Apa itu PERUBATAN Frontliners Council

PERUBATAN Frontliners Council ataupun lebih dikenali dengan PROF, adalah sebuah jawatankuasa  yang dianjurkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Agung PERUBATAN di peringkat pusat dan setiap cawangan. Tujuan program ini adalah untuk mengasah bakat mahasiswa-mahasiswi Sains Kesihatan di samping mengumpul dan menguruskan para sukarelawan yang berminat untuk menyumbang tenaga dan idea bagi menggerakkan persatuan PERUBATAN demi  pembangunan ahli dan persatuan. PROF ini juga merupakan medan untuk para mahasiswa/i menyumbang  dan  menimba ilmu-ilmu berkaitan  pengurusan dan pentadbiran yang   merangkumi pengurusan organisasi, pengurusan kewangan, keusahawanan, bengkel penulisan,  perancangan aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai lagi bagi meningkatkan kualiti kerja dalam kehidupan seharian.

Sebagai seorang mahasiswa yang berpandangan jauh, maka kita seharusnya mengambil peluang dengan medan yang telah disediakan untuk meningkatkan integriti diri supaya kita dapat menjadi seorang pengamal kesihatan  yang kompeten dan berkualiti. Hal ini kerana kemahiran ini tidak akan diperolehi dari buku-buku teks, tetapi ia memerlukan suatu pendedahan dan pengalaman yang bersifat amali.

Berpandukan  lima agenda pembawakan PERUBATAN sesi ini, iaitu akademik, kesatuan, kebajikan, professionalisme  dan pemacuan ekonomi,  kami bakal  terapkan dalam setiap gerak kerja pelaksanaan PROF. InshaAllah.

Harapan kami, dengan pelaksanaan PERUBATAN Frontliners Council ini dapat membantu melahirkan pengamal kesihatan keluaran Mesir yang  proaktif dan produktif . Kami juga berharap medan PROF ini dapat memandu PERUBATAN ke arah sebuah persatuan yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mana-mana persatuan mahasiswa seantero dunia.

Oleh itu, ayuh kita sama-sama meriahkan MAJLIS PELANCARAN Alexandria PROF. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari: Khamis

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa: Selepas kelas Tafaquh

Tempat: Masrah Iskandariah

Sekian, terima kasih

 

 

 

 

 

 

Muhammad Shahir bin Mohd Nadzir

SETIAUSAHA

PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

 

 

 

 

 

 

Nur Amalina binti Mohd Shukri

TIMBALAN SETIAUSAHA

PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :