1. Apakah itu PROF?

Jawatankuasa yang mengumpul dan menguruskan mahasiswa-mahasiswi yang berminat untuk mengasah bakat terpendam dan menimba pelbagai aspek ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang efektif dan bermanfaat.

2. Siapakah yang menguruskan Alexandria PROF?

Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

3. Apakah perbezaan di antara Alexandria Medical Team, Mentor Council dan PROF ?

AMT adalah badan khusus di bawah Unit Akademik PCI dan gerak kerja tertumpu kepada penyelidikan bidang perubatan.

Mentor Council adalah badan khusus di bawah unit UPI dan gerak kerja tertumpu kepada pendidikan dan pencarian Mentor Smart Circle melalui medium The Apprentice.

PROF adalah badan khusus di bawah Jabatan Setiausaha  dan gerak kerja tertumpu kepada pembinaan dan pemantapan ‘interpersonal skill’  yang merangkumi bidang pentadbiran dan pengurusan diri dan masyarakat.

4. Siapakah yang layak untuk menjadi ahli PROF?

Ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang sah berdaftar.

5. Bagaimana jika saya berminat untuk menjadi AJK sesebuah program, tetapi saya tiada kemahiran yang diinginkan. Adakah saya akan diterima? Adakah akan ada pihak untuk melatih saya?

Ya. Anda diterima. Anda akan dilatih berdasarkan program-program sedia ada PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan melalui program yang berbentuk kursus/latihan intensif bagi melatih para ahli.

6. Saya telah menjadi AJK mana-mana unit, bolehkah saya mendaftar sebagai ahli PROF juga?

Boleh, amat dialu-alukan. Pengecualian sekiranya anda adalah ahli AMT.

7. Sampai bilakah program ini berlangsung?

Sepanjang sesi 2012/2013

8. Berapakah kekerapan perjumpaan ahli PROF?

Maksimum 2 kali sebulan

 

9. Adakah setiap pemohon akan ditemuduga?

Tidak. Malah setiap permohonan akan diterima tanpa sebarang penapisan

10. Bilakah PROF akan dijalankan?

Gerak kerja PROF akan bermula sekitar akhir Mac. Makluman lanjut akan diumumkan dari masa ke masa

11. Dengar kata PROF ini mengambil idea/acuan The Apprentice Donald Trump? Betul ke?

Betul

12. Maknanya akan ada “You’re Fired or Hired” ke?

Sama sekali tidak. Kami di pihak PROF mengambil idea yang bersesuaian sahaja dengan agenda PROF. Bahagian itu tidak akan kami aplikasikan dalam Alexandria PROF kerana kami mahu mengumpulkan sumber tenaga manusia, bukannya mahu membuang mereka.

13. Adakah ahli PROF akan automatik menjadi AJK Program PCI?

Tidak semestinya. Tujuan utama kami adalah untuk mengasah dan mengilap bakat dan potensi yang ada dalam kalangan ahli PROF. Sekiranya ada ahli yang ingin menjadi sukarelawan, kami menerima dengan hati yang terbuka.

 

JOM DAFTAR SEKARANG!

 

Borang Pendaftran Alexandria PROF

“All GLORY Comes From Daring To Begin”

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :