PERUBATAN SPORT’S DAY


Hari sukan PERUBATAN merupakan sebuah program yang dirancang oleh Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) bagi memupuk semangat kesukanan dan bersosial dalam kalangan pelajar perubatan.Program ini merupakan program yang terbesar yang dianjurkan oleh PERUBATAN padan tahun ini.Program ini juga bertujuan untuk mengumpul semua pelajar-pelajar perubatan yang belajar di Mesir untuk bersama dan mengeratkan ukhwah dalam kalangan pelajar perubatan sendiri.

Tema PSD pada tahun ini adalah “Together We’ll Glorify This Moment”

Antara objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk

  •  mengeratkan ukhwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Mesir
  • menjadikan sukan sebagai satu medium kepada pelajar-pelajar untuk berkumpul dan bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain
  • memperkenalkan cara hidup yang lebih sihat kepada pelajar-pelajar
  • meningkatkan kemahiran dalam bersosial dan pentadbiran para pelajar.
Pada tahun ini, ISKANDARIAH telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi PSD untuk ikhwah dan ZAGAZIG untuk akhawat.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kontinjen Iskandariah yang bakal berentap di pentas arena PERUBATAN SPORT’S DAY
InshaAllah.
UNTUK MAKLUMAN LANJUT, SILA LAYARI WEBSITE INI :
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :