Iskandariah, 7 November – Program Korban Perdana sempena Sambutan Aidiladha 1432H anjuran PERUBATAN Cawangan Iskandariah mendapat sambutan hangat daripada ahli. Lebih 60 binatang korban telah selamat disembelih. Jumlah tersebut merangkumi lembu, kambing dan khoruf.

Sambutan Aidiladha PCI yang bertemakan “Jom Raya!” pada kali ini bermula pada 6 November dan akan berlangsung selama 3 hari sehingga 8 November. Hari pertama sambutan dimulakan dengan solat sunat aidiladha jamuan ringan dan diteruskan dengan upacara penyembelihan binatang korban sebanyak 8 ekor kambing yang diuruskan oleh pihak Unit Mutazawwijin Iskandaria (UMI). Kambing yang disembelih ini kesemuanya disedekahkan kepada fakir miskin sekitar Qaryah Karamellah.

Baki binatang korban pula disembelih pada hari ini bertempat di Karamellah yang terletak dalam kawasan Mandarah. Sebanyak 3 buah coaster digunakan untuk mengangkut sukarelawan penyembelih dan skuad pelapah binatang korban ke tempat kejadian pada jam 7.15 pagi yang diuruskan oleh Ketua Program Korban Perdana, Saudara Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaini.

Ketua Korban Perdana, Muhammad Hafiz Mohd Zaini

Korban perdana ini turut disertai oleh seorang Pegawai Petronas yang bekerja di Mesir, dan salah seorang panel pembentang Seminar Perubatan Dan Ibadah Pesakit Ke-3, Prof. Dr. Abdul Karim Bin Haji Tajudin.

Daging-daging korban ini kebanyakannya diinfaqkan oleh para peserta untuk Jamuan Aidiladha PCI pada 8 November yang diadakan di bangunan Asrama MARA. Pada sebelah malam pula, pelajar akhawat bergotong-royong untuk membantu menyediakan makanan jamuan aidiladha.

Pengarah Program Sambutan Aidiladha, Raja Shahrizad Bin Raja Abdul Rashid menyatakan rasa syukur melihat sambutan yang menggalakkan daripada ahli PCI “Alhamdulillah, sambutan agak meriah kerana ramai yang sudi menghulurkan sumbangan tenaga untuk sama bergotong-royong bagi menjayakan majlis korban tahun ini” ujar beliau.

Pengarah Sambutan Aidiladha PCI, Raja Shahrizad Bin Raja Abdul Rashid

[stextbox id=”black”]Anda mempunyai berita, artikel atau karya kreatif untuk dikongsi di web PERUBATAN Online Iskandariah? Hantarkan kepada kami: iskandariah.perubatan@gmail.com[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :