Alexandria Opera House

Kaherah, 27 Oktober  – Urusan tempahan Alexandria Opera House untuk digunakan sebagai dewan Seminar Perubatan Dan Ibadah Pesakit Ke-3 telah pun selesai. Hal ini dimaklumkan oleh Pengarah Seminar kepada krew mediaPERUBATAN ketika ditanya mengenai perjalanan gerak kerja seminar pada kali ini.

Alexandria Opera House ini adalah salah satu daripada beberapa cadangan dewan yang diutarakan dalam menyuarat kali kedua ahli jawatankuasa pelaksana (AJKP) Seminar Perubatan Dan Ibadah Pesakit Ke-3. Antara dewan yang dicadangkan adalah Dewan Bibliotheca Alexandria, Dewan Pharaoh di Green Plaza dan beberapa dewan di Downtown.

Dewan-dewan di Downtown telah disurvei oleh AJK Teknikal dan Persiapan Dewan namun kebanyakannya adalah dewan untuk majlis perkahwinan dan tidak mampu menampung bilangan yang ramai. Kedudukan dewan juga tidak strategik kerana jauh daripada penempatan pelajar.

Pihak Alexandria Opera House pada awalnya mengenakan sewa sebanyak EGP 40,000 sehari menjadikan jumlah sewa dewan seminar adalah EGP 80,000 untuk 2 hari. Namun hasil rundingan pihak AJKP seminar dan pihak Alexandria Opera House dengan bantuan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mesir harga sewa dapat dikurangkan kepada EGP 20,000 sehari.

Pihak AJKP seminar terpaksa berulang-alik ke Pejabat Alexandria Opera House dan ke Kaherah untuk menyelesaikan urusan tempahan dan pembayaran dewan di Pejabat Opera House yang terletak di Kaherah. Pihak Opera House meminta bayaran sewa sebanyak EGP 40,000 untuk dua hari dan ta’min sebanyak EGP 10,000.

Berikut merupakan kronologi gerak kerja Unit Teknikal dan Persiapan Dewan:

Julai 2011 – Survei Dewan Bibliotheca. Tidak dapat digunakan untuk seminar kerana ada majlis yang diadakan di dewan tersebut pada 4 dan 5 November 2011

28 Julai 2011 – Pengarah seminar, Ahmad Hanif dan Unit Teknikal dan Persiapan Dewan, Nur Furqaan membuat survei Dewan Alexandria Opera House. Tidak dapat masuk ke dalam dewan kerana proses baik pulih sedang dijalankan.

Ogos – Urusan pencarian dewan ditangguhkan kerana kebanyakan AJK terlibat dengan program Ihya’ Ramadan (IHRAM)

12 September 2011 – Sekali lagi ke Alexandria Opera House untuk membuat tinjauan bersama dengan Pengarah MARA Mesir. Tidak dapat masuk ke dalam dengan alasan tidak ada kebenaran daripada pengurus Alexandria Opera House. Menerangkan sedikit sebanyak tentang program kepada penyelia dewan tersebut.

13 September 2011 – Pengarah dan Unit Teknikal dan Persiapan Dewan ke Alexandria Opera House untuk membuat tinjauan. Dapat memasuki dewan tersebut dan berbincang mengenai harga. Pihak Opera House meletakkan sewa EGP 40,000 sehari. Pihak AJKP seminar berusaha untuk memohon separuh harga dan pihak Opera House meminta supaya mengahantar surat permohonan ke Ibu Pejabat Opera House di Kaherah.

13 September 2011 – Dalam perjalanan pulang daripada Alexandria Opera House, Unit Teknikal dan Persiapan Dewan membuat tinjauan beberapa dewan pawagam yang sesuai berhampiran Mahattah Raml. Cinema Rio – mampu menampung sehingga 1200 orang dengan harga EGP 5000. Membuat tinjauan beberapa pawagam lain seperti Cinema Fireal dan Cinema Radio.

Sepanjang September – Membuat susulan urusan dewan dengan pihak Cinema Rio.

9 Oktober 2011 – Pihak Opera House meluluskan permohonan mengurangkan sewa daripada EGP 40,000 sehari kepada EGP 20,000 sehari. Pihak Opera House juga meminta supaya tarikh seminar diubah daripada 4 dan 5 November kepada 5 dan 6 November kerana pada 4 November dewan tersebut digunakan untuk majlis sempena musim haji – Religious Song Ensemble (Celebration of Hajj Season)

19 Oktober 2011 – Membuat susulan urusan dengan pihak Cinema Rio. Pihak Cinema menaikkan harga sewa kepada EGP10,000 dan meminta supaya mendapatkan dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa Mesir. Membatalkan urusan dengan pihak Cinema Rio

19 Oktober 2011 – Membawa AJKP seminar melihat keadaan dewan Alexandria Opera House dan berbincang mengenai susunan dewan dan urusan teknikal dengan pihak Opera House. Pihak Opera House meminta supaya urusan pembayaran diselesaikan dengan segera.

20 Oktober 2011 – Pengarah dan Unit Teknikal dan Persiapan Dewan ke Kaherah untuk menyelesaikan urusan dengan Pihak Opera House. Membayar separuh daripada sewa (EGP 25,000)

27 Oktober 2011 – Sekali lagi ke Kaherah untuk menyelesaikan pembayaran baki sewa (EGP 25,000)

[stextbox id=”black”]Anda mempunyai berita, artikel atau karya kreatif untuk dikongsi di web PERUBATAN Online Iskandariah? Hantarkan kepada kami: iskandariah.perubatan@gmail.com[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :