Iskandariah, 29 Oktober – Gerak kerja Seminar Perubatan Dan Ibadah Pesakit Ke-3 yang telah bermula sejak lima bulan yang lalu sedikit terganggu apabila duit peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia tidak dapat disalurkan kepada jawatankuasa pelaksana seminar atas alasan tertentu.

Duit peruntukan yang telah dipohon oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJKP) seminar seawal gerak kerja bermula telah diluluskan di peringkat KPT Malaysia. Jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM 20,000 (±EGP 39,000).

Pihak mediaPERUBATAN™ masih lagi berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini. Diharapkan mahasiswa-mahasiswi mendoakan agar semua masalah dapat diselesaikan dan gerak kerja seminar berjalan lancar.

 [stextbox id=”black”]Anda mempunyai berita, artikel atau karya kreatif untuk dikongsi di web PERUBATAN Online Iskandariah? Hantarkan kepada kami: iskandariah.perubatan@gmail.com[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :