Assalamualaikum wbt
Buat makluman sahabat-sahabat yang dihormati sekalian,
Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) menerusi Unit Sukan dan Aktiviti Luar
telah menubuhkan sebuah Kelab Bahasa PCI, sebagai salah satu usaha bagi meraikan kepelbagaian minat dan kecenderungan ahli dalam pelbagai bidang, bukan tertakluk kepada sukan semata-mata.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang Kelab Bahasa PCI (LINGO) ini, marilah sama-sama kita meriahkan
Majlis Perasmian Kelab Bahasa PCI (LINGO) ini.
Butiran-butiran adalah seperti berikut:
JUMAAT (21 OKTOBER 2011)
Sutuh Asrama MARA
7.11 MALAM
Pada majlis ini juga akan diadakan pendaftaran ahli LINGO
Ayuh! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Unit Sukan dan Aktiviti Luar
Perubatan Cawangan Iskandariah
Sesi 2011/2012
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”