Assalamualaikum WBT.

Penangguhan Program PERUBATAN cawangan Iskandariah (PCI)

Sehubungan dengan perkara di atas, PERUBATAN cawangan Iskandariah(PCI) menetapkan tarikh penangguhan setiap program bagi mahasiswa & mahasiswi sains kesihatan (Perubatan, Pergigian & Farmasi) peringkat Iskandariah mula berkuatkuasa pada 31 MEI 2011.

Penangguhan program merujuk kepada antara peperiksaan terawal mahasiswa dan mahasiswi :

Perubatan Tahun 3 : Bermula 26 Jun 2011

Farmasi Tahun 1 dan 2 : Bermula 25 Jun 2011

Sehubungan dengan itu, segala program berskala besar akan ditangguhkan sehingga tamatnya peperiksaan akhir tahun.

Memandangkan tarikh peperiksaan akhir tahun bagi Fakulti Perubatan Tahun 1, 2, 4, 5 dan Fakulti Pergigian Tahun 1 dan 2 adalah berlainan di antara satu sama lain dan berjauhan dari tarikh peperiksaan di atas,beberapa program berskala kecil telah dipertimbangkan oleh Panitia Perancang PCI untuk dibenarkan perjalanannya setelah berkuatkuasanya tarikh penangguhan program PCI :

1) Kelas Tafaquh Mingguan PCI (sehingga 23 Jun 2011)

2) Riadah Mingguan PCI (sehingga 24 Jun 2011)

3) Aktiviti berskala kecil Organisasi Batch PCI (prioriti kepada akademik)

Pengecualian aktiviti atau program yang lain akan diberikan kepada beberapa kes istimewa setelah mendapat kelulusan daripada Panitia Perancang PCI.

Justeru, kami di pihak kepimpinan PCI menyarankan setiap ahli untuk meletakkan prioriti dan keutamaan kita sebaik-baiknya.

Moga kita sama-sama dapat memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan yang bakal menjelang. Disamping itu,jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t dan hubungan silaturrahim sesama kita.

Teguh dan eratkan kebersamaan antara kita dengan doa yang berterusan untuk diri sendiri, sahabat-sahabat serta ahli PERUBATAN yang lain.

Semoga dengan berkat usaha, doa dan tawakkal yang berterusan, ahli-ahli PERUBATAN dikurniakan Allah s.w.t kecemerlangan dan kejayaan di dalam peperiksaan akhir tahun ini.

Insya-Allah, sejajar dengan agenda PERUBATAN sesi 2011/2012, iaitu penumpuan terhadap Akademik, dan seterusnya Kesatuan dan Kebajikan.

Wallahua’alam..

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD AFIQ BIN MUHAMMED FAHIMY

Timbalan Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah,

Sesi 2011/2012.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :