Iskandariah, 12 Mei – Pihak pentadbiran Universiti Iskandariah memutuskan untuk mengehadkan jumlah pengambilan pelajar Malaysia yang akan mengikuti Kursus Sains Kesihatan di universiti tersebut. Perkara ini dimaklumkan oleh Prof Dr Wafaa Abdel Rahman, Head of Programme Coordinator of International Undergraduate Medical Program (IUMP) ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan pelajar semasa perjumpaan Vice Dean bersama para pelajar petang semalam.

Prof Dr Wafaa Abdel Rahman, Head of Programme Coordinator of International Undergraduate Medical Program (IUMP)

Beliau turut menyatakan bahawa pihak pentadbiran universiti telah menghantar surat kepada kedutaan Malaysia bagi menerangkan tentang isu ini. Pihak universiti menegaskan bahawa mereka hanya akan menerima pelajar tajaan MARA dan JPA sahaja dan jumlah pengambilan tidak akan melebihi 250 orang.

Dalam pada itu, Vice Dean for Education and Students’ Affairs, Prof Dr Emad Darweesh menyatakan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menaik taraf fasiliti dan infrastruktur universiti tersebut. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan membuat penilaian semula sistem pembelajaran yang diperkenalkan bagi memaksimumkan pencapaian akademik para pelajar.

 

[stextbox id=”info”]mediaPERUBATAN: Laporan penuh pertemuan Vice Dean bersama para pelajar akan dimuat naik kemudian.[/stextbox]

 

[stextbox id=”black”]Anda mempunyai berita, artikel atau karya kreatif untuk dikongsi di web PERUBATAN Online Iskandariah? Hantarkan kepada kami: iskandariah.perubatan@gmail.com[/stextbox]

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :