Borang maklumat diri untuk proses evakuasi

Makluman Keadaan Semasa Rusuhan Di Mesir (Siri 4: Rabu 2/2/2011)

1. Jumlah pelajar  yang pulang bercuti ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Nuzha dan Borg el-Arab pada hari ini seramai lebih 100 orang.

2.Bilik gerakan Ad hoc Tindakan dan Kecemasan telah mendapat panggilan daripada Datuk Sahlan, Setiausaha Politik Perdana Menteri  bersama Datuk Tajuddin, wakil Wisma Putra yang mengatakan bahawa mereka tidak dapat meneruskan  perjalanan ke Iskandariah. Mereka terpaksa berpatah balik ke Kaherah kerana terperangkap dalam demonstrasi di sekitar kawasan Kaherah.

3. Jalan menuju Kaherah telah  ditutup pada hari ini akan tetapi jalan menuju ke Iskandariah masih dapat dilalui dengan baik.

4. Demonstrasi rakyat masih berjalan seperti biasa di sesetengah tempat sekitar kawasan muhafazah Iskandariah.

5. Polis atau pihak keselamatan Mesir sudah mula beroperasi dan mengawal jalan-jalan raya di beberapa lokasi tertentu.

6. Majlis Perbandaran, Syarikat Air dan Elektrik telah memulakan operasi mereka pada hari ini. Perkhidmatan jaringan internet juga telah mula pulih setelah 5 hari terputus dan disekat perkhidmatannya.

7. Perintah berkurung dipendekkan pada hari ini iaitu pada jam 5 petang sehingga 7 pagi.

8. Tarikh evakuasi adalah pada 5, 6 dan 7hb Februari 2011 bagi muhafazah Iskandariah, Mansurah, Damanhur dan Dumyat. Lokasi untuk berkumpul bagi tujuan ini telah diubah kepada 1 lokasi sahaja iaitu Asrama MARA Iskandariah.

9. Taklimat berkenaan proses pemindahan ini telah diadakan khusus untuk pelajar yang ditempatkan di asrama. Taklimat ini telah diadakan selepas solat isyak, bertempat di tingkat 3 asrama MARA dan disampaikan oleh Ustaz Isahak Othaman, Pengarah MARA Timur Tengah.

10. Borang maklumat pelajar bagi tujuan evakuasi telah diedarkan bermula malam ini. Satu kaunter khas akan dibuka di tingkat 3 pada 3 Februari 2011, jam 8.00-10.00 pagi. Borang yang diedarkan ini hendaklah diisi dan dihantar secara individu kepada kaunter tersebut.

11. Di samping itu, taklimat berkenaan evakuasi ini akan diadakan khusus untuk pelajar yang menginap di lokasi luar asrama pada jam 9.00 pagi, 3 Februari 2011. Semua mahasiswa  yang  berkenaan diminta hadir.

12. Modus operandi untuk pelaksanaan evakuasi sedang dirangka dan akan dimaklumkan kepada semua mahasiswa dari semasa ke semasa.

Bilik Gerakan,

Ad hoc Tindakan Dan Kecemasan.

2 pagi, 3 Februari 2011.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :