Assalamualaikum wbt.

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” Al-Baqarah:156


PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengucapkan takziah kepada keluarga Nurul Iman Binti Ab Alim khususnya dan kepada seluruh yang mengenalinya terutama batch tahun 3 amnya atas kematian beliau yang disebabkan keracunan gas karbon monoksida. Arwah dikenali sebagai seorang yang taat kepada perintah agama Islam dan seorang muslimah yang solehah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Sesungguhnya ajal tidak mengira usia. Oleh itu marilah kita sama-sama bermuhasabah diri masing-masing, sama ada sudah cukup atau belum bekalan kita untuk ke negara kekal abadi, iaitu akhirat.

Kepada batch tahun 3 dan rakan-rakan yang mengenali beliau dengan rapat janganlah sesekali lemah semangat, tetapi berjuanglah sebaik mungkin dalam menghadapi baki peperiksaan.

Akhir sekali marilah kita sama-sama mendoakan agar diampunkan segala dosa arwah dan diterima segala amal kebaikannya seterusnya ditempatkan di syurga ALLAH.

Untuk maklumat terkini mengenai insiden ini  sila layari http://iskandariah.perubatan.org/v1

ABDUL RAHIM BIN SUHAINI
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2010/2011
5th Year Faculty Of Medicine,
Alexandria University,Egypt.
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :