Pada 26 hingga 28 februari  2010 , Unit Sukan dan Aktiviti Luar Cawangan Iskandariah telah menganjurkan trip “Sinai Explorer ” dengan kerjasama para pelajar pengajian Islam Kaherah dan Syubra . Trip ini telah berjalan selama 3 hari 2 malam dan telah disertai oleh para pelajar tahun 2 dan 3 manakala pelajar tahun 1 dan 4 telah menyertai trip ini pada minggu sebelumnya. Seramai 34 orang pelajar lelaki telah menyertai trip ini dan diiringi oleh 6 orang pelajar senior pengajian Islam Kaherah dan Syubra.

Perjalanan rombongan kali ini telah mengalami sedikit kelewatan akibat banjir kilat yang melanda Kaherah pada hari sebelumnya. Walaubagaimanapun , kelewatan ini bukanlah satu halangan yang besar bagi para peserta trip ini. Perjalanan diteruskan dengan menuju ke terowong Syahid Ahmad Hamdi dan seterusnya ke kubu Barlif . Kubu Barliff merupakan kubu pihak Israel ketika perang tiga serangkai . Kubu ini sangat kukuh dari serangan bom dan juga sebarang senjata akan tetapi ianya  telah berjaya dimusnahkan oleh pihak Mesir dengan hanya menggunakan air. Perjalanan diteruskan dengan berkunjung ke Uyun Musa iaitu tempat terletaknya air mata air yang disebutkan didalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah.

Selepas itu, rombongan kami telah berjaya tiba di kaki gunung Sinai,St Catherine pada tepat pukul 8.00 malam. Kami diberi masa untuk berehat dan meneruskan aktiviti kami pada pukul 1 pagi. Tepat pukul 1 pagi, kami telah memulakan pendakian kami ke puncak Sinai. Pengalaman mendaki gunung pada malam hari, bagi kami merupakan salah satu pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan. Setelah 3 jam mendaki, akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Sinai . Penat lelah kami terbalas apabila kami dapat mengerjakan solat subuh di puncak Sinai dan menikmati pemandangan matahari terbit yang indah dari puncak gunung tersebut. Setelah puas menikmati pemandangan yang indah, kami turun ke kaki bukit dengan penuh bangga dan penat.banin sinai

24968_1252801203563_1335526493_30563930_6012483_n

Seterusnya , kami telah berkunjung ke Wadi Arbaien iaitu tempat pertemuan antara 40 orang nabi termasuk nabi Musa A.S . Kira-kira 2 jam selepas itu , kami bertolak ke Dahab,satu perkampungan kecil yang terletak di bahagian tenggara semenanjung Sinai . Dahab juga merupakan tempat yang terkenal dengan aktiviti snorkeling. Peluang seperti itu sudah pasti tidak akan kami lepaskan. Kami turut mencuba aktiviti itu dan ianya turut menjadi salah satu kenangan indah kami sepanjang kami menyertai trip ini.

Pada keesokan harinya, kami berangkat pulang dari tempat penginapan kami ke Iskandariah.  Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di kubu Salahuddin Al-Ayubi yang terletak di Taba, sempadan antara 4 buah Negara iaitu Mesir, Syria, Jordan dan Israel. Selepas kira-kira 12 jam perjalanan, kami selamat tiba di Iskandariah dengan perasaan yang bercampur aduk, penat, gembira, seronok dan sebagainya.24968_1252804243639_1335526493_30563947_1658167_n

Kesimpulannya, kami amat gembira dan berpuas hati dengan trip kali ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada abang-abang senior pengajian islam dengan bimbingan dan aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah mereka aturkan dan tidak lupa juga kepada penganjur utama trip ini PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH.

Disediakan oleh,

AMIRUL SHAIFUL BIN AMIRUDDIN

UNIT KEWARTAWANAN,

UPP PCI.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :