Alhamdulillah pelajar-pelajar Tahun 1 Universiti iskandariah telah mula memasuki semester 2 pengajian. Di sini saya ingin kongsikan tentang sistem pembelajaran kami. Semester 1 kami bermula pada bulan Oktober 2009 dan berakhir dengan peperiksaan akhir semester pada 16 Mac lalu. Apa yang berbeza pada kami adalah, sistem pembelajaran yang sudah mula menggunakan ‘Integrated curriculum’. Sistem in sangat berbeza daripada sistem yang digunapakai sebelum ini dalam kalangan seniors. Pembelajaran kami sudah tidak menggunakan sistem blok, sebaliknya menggunakan sistem ‘modul’.

Di dalam setiap modul tersebut, telah digabungkan semua mata pelajaran yang akan kami pelajari. Jadi, bagi setiap modul, kami hanya perlu menggunakan sebuah buku teks sahaja. Sebagai contoh, bagi semester 1 yang lalu, kami telah mempelajari 3 modul. Modul pertama bertajuk ‘Introduction to Medical studies’ yang telah menggabungkan subjek-subjek ringan sebagai pengenalan kepada kami, seperti Medical terminology, Biostatistics, Ethics, dan e-learning. Modul 2 pula bertajuk ‘Nutrition & metabolism’, membawa kami meneroka secara keseluruhannya tentang mekanisme dalam badan dan proses-proses yang berlaku berkaitan kita dan pemakanan seharian. Modul ini turut disertai subjek baru seperti Biochemistry dan Physiology. Begitu juga modul 3 iaitu ‘Introduction to Medical Sciences’ yang membawa kami mengenali subjek-subjek  tambahan seperti Anatomy, Histology dan Medical Genetics.

Selain kuliah dan kelas praktikal, kami juga perlu menghadiri kelas ‘Team Base Learning(TBL)’, serta ‘Intended Learning Activity(ILA)’, yang bertujuan memupuk kerjasama dalam kumpulan serta melatih kami mendiagnosis kes-kes berkaitan pembelajaran di dalam kuliah. Segala bahan untuk sesi-sesi ini boleh didapati daripada portal rasmi university, www.alexmed.edu.eg memudahkan kami untuk menelaah pelajaran sebelum kelas bermula.

Berkenaan peperiksaan pula, akan diadakan ujian di setiap penghujung modul dan semester. Markah merangkumi ujian bertulis, esei ringkas, praktikal, serta tugasan pembentangan secara berkumpulan. Ujian bertulis termasuklah soalan aneka pilihan(MCQ), suai dan padan, isi tempat kosong serta ‘’true’ or ‘false’’. Markah tugasan berkumpulan pula akan diambil secara individu. Amatlah mustahak untuk memastikan setiap peperiksaan diambil berat kerana markah tersebut akan dibawa ke akhir semester.

Apapun, sebagai pelajar perubatan, pengurusan masa memang sangat perlu sistematik. Apalagi bagi pelajar Universiti Iskandariah yang cutinya hanya pada hari Jumaat. Bagi juniors yang berminat dengan pengajian perubatan di Iskandariah, inilah sedikit sebanyak tentang sistem yang akan anda lalui pada tahun-tahun akan datang.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :
  • sitiaeishah

    subhanaAllah.. Semoga ALLAH permudahkn jalan untk menuntut ilmu..