Pada 25 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1431 H, Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menganjurkan program Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431 H bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang telah jatuh pada tarikh tersebut. Seperti yang dirancang, majlis telah bermula pada pukul 5.50 malam menghimpunkan program solat maghrib, isyak dan selawat secara berjemaah dan diikuti dengan forum dan sedikit tayangan video di pengakhiran majlis. Kehadiran para pelajar amatlah menggalakkan dan manjangkaui daripada target asal. Program telah dipengerusikan oleh saudara Abdul Azim bin Zulkifli. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ustaz Ishak dan Haji  Idris selaku Pegawai MARA Timur Tengah dan saudara Abdul Rahim bin Suhaimi, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Program forum telah dimulakan pada pukul 8.00 malam bersama moderator, saudara Zainal Abdullah bin Zainal Adlishah dengan membawa tajuk ‘Cintaku Cintamu’. Panel-panel yang telah dijemput khas untuk mengisi program forum ini adalah Ustaz Salman bin Maskuri, Dr. Syamsul Bakri bin Othman dan Ustazah Nor Akmar Molek bin Hussin. Forum telah berjalan sebanyak dua pusingan. Sebanyak 6 soalan telah dibincangkan antaranya menyentuh tentang kecintaan Baginda terhadap kita, umatnya dan sebaliknya kita kepada Baginda, cara-cara menzahirkan rasa cinta kita terhadap Baginda, keperibadian Nabi sebagai qudwah hasanah, keperluan memuliakan Hari Keputeraan Baginda danwasilah Baginda dalam memartabatkan wanita. Forum diakhiri dengan kesimpulan ringkas daripada Ustaz Salman bin Maskuri beserta bacaan selawat, muhasabah dan doa. Program forum berakhir pada pukul 10.15 malam.

Agenda penutup diteruskan dengan sedikit tayangan video yang telah disediakan oleh Unit Risalah dan Penerbitan, saudara Amir Rashid bin Adam. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam.

Yang menjalankan tugas,

(NUR SAKINAH BINTI YUSOF)

Setiausaha,

Program Sambutan Maulidul Rasul,

Unit Pembangunan Insan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :