31hb Januari 2010, hari Ahad Unit Akademik Cawangan Iskandariah Sesi 2010/2011 dengan jayanya telah mengadakan sebuah forum EXAM BOOSTER di Lecture Hall B. Sasaran pelajar adalah untuk semua pelajar tahun 1 sahaja. Kehadiran adalah sangat memberangsangkan. Majlis bermula pada pukul 3.30 petang disertai bersama dengan 7 orang panel yang telah dijemput khas dari kalangan pelajar tahun 2 dan 4.

Forum dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata aluan dari Ketua Unit Akademik, Muhammad Akmal Zakaria. Kemudian, majlis diteruskan pula dengan penerangan dari panel- panel yang terlibat berkaitan dengan subjek yang telah diamanahkan kepada mereka. Berikut adalah senarai nama panel dan subjek yang dipegang :

1)      Muhammad Syahmi bin Mohd Abdul Rahman    : Physiology

2)      Muhammad Afiq bin Muhammed Fahimy          : Medical Genetic

3)      Anas bin Mat Asis                                        : Human Right & Ethics

4)      Husnun Nisa’ binti Hamdan                           : Community Medicine

5)      Sarah Mohd Rasyid                                      : Biochemistry

6)      Ain Afiqah binti Mohd Hafi                           : Histology

7)      Maryam binti Nasarudin                               : Anatomy

Sesi forum berjalan dengan lancar dan wujudnya sesi pebincangan dua hala yang interaktif dan tidak hambar. Para pelajar dilihat sangat bersemangat dalam mengajukan pertanyaan dan tidak kurang juga panel-panel yang suka bertanya dan berjenaka menyebabkan hadirin tidak kering gusi.

Perbincangan adalah terarah kepada cara-cara untuk menjawab soalan peperiksaan dan juga jenis soalan yang kerap ditanya berdasarkan pengalaman senior – senior pada tahun-tahun sebelumnya. Penerangan mengenai peperiksaan praktikal juga turut dibincangkan bagi memudahkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan pada bulan Mac nanti.

Panel telah membincangkan setiap satu subjek yang telah ditetapkan dan cara belajar yang sesuai dengan begitu terperinci serta disertakan dengan tips-tips tambahan untuk mencapai keputusan yang cemerlang seperti study group, cara belajar sebelum, semasa, dan selepas kuliah, cara membuat nota dan sebagainya.

Selain itu juga, panel turut menyelitkan tentang hubungan di antara pembelajaran perubatan dengan matlamat hidup kita yang sentiasa berkait rapat dengan hubungan manusia dan juga Pencipta. Kupasan berjaya diulas dengan bernas dan meyakinkan

Majlis berakhir pada jam 6 petang dan ditutup dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr dan semua pelajar bersurai.

Penghargaan ditujukan kepada semua panel di atas ilmu dan idea yang dikongsi

Moga semua amalan kita mendapat redhaNya, ganjaranNya dan insyaAllah menjadi pemberat mizan amal soleh kita di hari penghitungan kelak. Saya berharap program ilmiah sebegini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan topik perbincangan yang lebih hebat dan membuka minda

Sekian, terima kasih.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :