IBU,JASAMU KU KENANG..

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Sambutan Hari Ibu di merata dunia:

a.Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday) : Ireland, Nigeria, United Kingdom
b.21 Mac (vernal equinox) : Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Lubnan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman (Semua negara Arab secara amnya)
c.25 Mac : Slovenia
d.7 April : Armenia
e.2 April (kalendar Cina): China, Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi) , Nepal
f.Ahad pertama Mei : Hungary, Lithuania, Portugal, Sepanyol
g.8 Mei : Albania (Hari Ibu Bapa), Korea Selatan (Hari Ibu Bapa).
h.10 Mei : El Salvador, Guatemala, Mexico
i.Ahad ke-2 Mei : Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belanda, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Republik Rakyat China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Ecuador, Estonia, Filipina, Finland, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Iceland, India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Puerto Rico, Slovakia, St. Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Suriname, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
j.15 Mei : Paraguay
k.26 Mei :Poland
l.27 Mei : Bolivia
m.Ahad terakhir Mei : Algeria, Republik Dominica, Haiti, Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia.
• Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

“Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu ‘anh datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Disediakan oleh,
Fatin Atiqah bt Zafrullah,
AJK Jabatan Berita dan Kewartawanan,
Unit Penerbitan dan Penerangan
Perubatan Cawangan Iskandariah.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :