19 FEBUARI 2010, ISKANDARIAH- Pihak PERUBATAN Iskandariah telah mengadakan satu forum motivasi yang bertemakan, “ Doktor Cemerlang; Apakah Cabaran dan Persediaan?” Forum ini diadakan sekitar jam 6.00 petang, bertempat di Bangunan MARA Iskandariah. Sambutan pelajar amatlah menggalakkan.

Forum ini diadakan di bawah satu matlamat; yang mana adalah menjadi harapan pihak penganjur agar forum ini berjaya meningkatkan jati diri pelajar sejurus menyiapkan mereka untuk peperiksaan akhir semester yang bakal mereka duduki kelak. Ahli panel untuk forum ini ialah ahlipanel yang dijemput khas dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Malaysia; Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang merupakan Senior Naib Pengerusi Akademik Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya bersama isteri beliau; Dr. Noor  Aimi Raimi.

Pelbagai pengalaman dan nasihat telah diberikan dan dikongsikan bersama para pelajar. Kelihatan para pelajar begitu mengamati forum ini dan respon mereka terhadap forum ini amatlah menggalakkan. Semoga dengan apa yang telah diusahakan, adalah diharapkan bahawa adanya satu anjakan paradigma oleh para pelajar dalam mengecapi kejayaan sepanjang pengajian mereka dan peperiksaan kelak, selaras dengan kehendak para penganjur, InsyaAllah.

“The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing. One cannot help but be in awe when he contemplates the mysteries of eternity, of life, of the marvellous structure of reality. It is enough if one tries merely to comprehend a little of this mystery every day. Never lose a holy curiosity.”

?Albert Einstein

Disediakan oleh:

Farah Adiba Maliha Abdul Latib

Unit Kewartawanan UPP

27 FEBUARI 2010

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :