Penerusi Cawangan Iskandariah

Abdul Rahim Bin Suhaini

Assalamualaikum WBT

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana memberi peluang kepada manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi-NYA dan mengangkat darjat manusia yang beriman setinggi-tingginya melebihi makhluk ciptaan-NYA yang lain. Selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar tahun 4 dan pelajar tahun 1 Universiti Iskandariah serta selamat menghadapi sem baru untuk pelajar-pelajar tahun 2,3 dan 5. Semoga kita semua mendapat pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan yang kita tempuhi.

Sahabat-sahabiah sekalian,

“Akal yang cerdas datang dari badan yang sihat”. Ungkapan ini sering kita dengar dan kita percaya akan kebenarannya. Jikalau pada zaman Rasulullah ungkapan ini diterjemahkan dalam bentuk permainan berkuda, memanah, bergusti, berenang dan sebagainya. Pada zaman ini ia diterjemahkan sebagai permainan futsal, bola keranjang, acara balapan, tenis, ping-pong, bowling, marathon, tarik tali bola jaring dan perbarisan. Sepertimana yang sahabat sekalian ketahui bahawa kesemua acara permainan ini merupakan acara rasmi yang dipertandingkan dalam satu kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan untuk pelajar perubatan Iskandariah iaitu Kejohanan Sukan PCI yang dianjurkan oleh Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui Unit Sukan dan Aktiviti Luar.

Perancangan untuk menganjurkan kejohanan yang berprestij ini telah dilakukan sejak tahun lepas lagi, bukannya sikit-sikit masa yang diperuntukkan bagi menjayakannya. Tempat, acara, konsep, sumber kewangan, masa, sambutan, hadiah, makanan, AJK pelaksana, kepuasan peserta, yuran penyertaan dan banyak lagi yang menjadi pertimbangan barisan AJK pelaksana amnya dan pengarah khususnya, semata-mata ingin memberikan yang terbaik kepada seluruh ahli PCI. Masa, wang ringgit, keringat, idea dan semangat tidak mudah menyerah dicurahkan oleh segenap AJK untuk kejohanan kali ini. Namun begitu, resam menganjurkan program, tidak semuanya berjalan lancar. Ada sahaja halangan-halangan yang melintang.

Bagi meringkan beban dan menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh AJK pelaksana, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabiah sekalian untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada AJK pelaksana dalam menganjurkan kejohanan sukan kita buat kali pertama di bumi Iskandariah ini. Sertailah acara-acara yang telah dipertandingkan dan bantulah mereka dari segi kewangan dengan MEMILIKI UNIT-UNIT yang diwujudkan melalui Members’ Sponsorship System. Sistem ini juga kali pertama diwujudkan sempena kejohanan ini.

Mungkin sahabat tertanya-tanya, mengapa tidak meminta tajaan daripada agensi-agensi yang terdapat di Mesir ini seperti PETRONAS, MARA, JPA dan JPMK. Ketahuilah bahawa pada masa ini, ekonomi negara tidak begitu stabil dan peruntukan yang ada bagi setiap agensi adalah terhad. Tambahan pula, kini bukan kita sahaja yang mendambakan pertolongan mereka, malah banyak lagi persatuan lain yang turut meminta bantuan mereka. Maka inilah masanya untuk kita sama-sama bersatu hati, menyumbang sedikit sebanyak bagi membantu rakan-rakan AJK pelaksana melakukan tugas mereka.

Untuk mengurangkan bebanan menaja bagi setiap unit, saya mencadangkan kepada sahabat-sahabat membentuk beberapa kumpulan pintar yang terdiri dari 5 ke 10 orang dalam setiap batch sehingga mencukupi bilangan unit yang diperuntukan bagi setiap batch. Kemudian bahagikan nilai LE 50 itu mengikut bilangan sahabat dalam setiap kumpulan. Sekiranya 10 orang bagi setiap kumpulan maka hanya LE 5 yang diperlukan seorang dan begitulah seterusnya bagi setiap bilangan orang yang diwujudkan dalam setiap kumpulan. Satu kira-kira mudah yang kita boleh perhatikan.

Tahun Bil. pelajar Bil. kumpulan yang boleh dibentuk(10 orang) Bil. unit yang boleh ditaja(1 unit=LE 50) Bil. unit yang diperlukan
1 274 27 27 22
2 221 22 22 18
3 166 16 16 13
4 205 20 20 17
Jumlah 866 85 85 70

Terdapat lebihan unit yang boleh disumbangkan bagi setiap batch sekiranya kita semua sanggup bekerjasama mengeluarkan LE 5. Maka nilai LE 3500 yang ingin dikumpul melalui Members’ Sponsorship System bukanlah sesuatu yang mustahil. Percaya, lakukannya dan insyaALLAH berjaya. Beberapa perkongsian bagi menambahkan semangat kita untuk memberi dan menyumbang.

Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al-Baqarah:261

Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Muslim, satu kesukaran dari kesusahan duniawi, maka Allah swt akan melepaskannya satu kesukaran dari kesukaran akhirat, dan Allah swt akan membantu seseorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya” – Riwayat Muslim

Jadi apa lagi yang ditunggu. Rebutlah peluang ini secepat mungkin. Bantulah sahabat-sahabat ajk pelaksana dan lepaskanlah mereka dari kesusahan dunia, moga-moga ALLAH melepaskan kita satu kesukaran dari kesukaran akhirat. Semoga melalui Members’ Sponsorship System ini juga, kita sama-sama merasai kepuasan dalam menganjurkan kejohanan sukan ini dengan terlibat secara lansung mahupun tidak langsung. Wallahualam.

BERSAMAPERUBATAN

ABDUL RAHIM BIN SUHAINI

Pengerusi PCI

—————————————————————————————————————–

Members’ Sponsorship System

In conjunction with the Sports Carnival, PERUBATAN ISKANDARIAH is applying the MEMBERS’ SPONSORSHIP SYSTEM to support part of the carnival’s expenses.

OUR AIM

  • to decrease the cost bore by PERUBATAN ISKANDARIAH in handling the carnival.
  • to stimulate the concept of unity, synergy and cooperation among members.
  • to give a chance to members to contribute financially besides contributing through spiritual and physical supports.
  • Together to spend money in a good beneficial way.

OUR SYSTEM

  • Minimal sponsor amount is 1 unit = LE 50.
  • For every single unit sponsored, SOME POINTS will be added automatically to the respective ‘house’.
  • If the quota is been fulfilled, 10 points will be added automatically to the respective ‘house’.
  • Quota distribution:
Students Total students Percentage Quota given (units)
1st year 274 32 22
2nd year 221 25 18
3rd year + YIK 166 19 13
4th and 5th year 205 24 17
Total 866 100 70
  • The calculation goes like this

Eg; 1st yr 22 units

paid 20 units

points given 20/22 x 10 = 9

· For every extra unit sponsored, 1 point will be added.

· We aim to collect a total amount of LE 3,500.

**One person can sponsor for more than one unit. (Eg; 200, 1000.etc)

**1 unit can be sponsored from more than one person.

a) 1st year: 22 units

b) 2nd year: 18 units

c) 3rd year + YIK: 13 units

d) 4th and 5th year: 17 units

TOTAL: 70 UNITS

PAYMENT CAN BE DONE THROUGH EACH HOUSE REPRESENTATIVE

RED (4TH AND 5TH YEAR)

1. Mohammad Imran Bin Basri

2. Niniyana Bt Mat Zahim

BLUE ( 3RD YEAR + YIK)

1. Faiq Aqli Bin Razali

2. Nurul Ainaa Bt Mohd Jaafar

GREEN ( 2ND YEAR)

1. Muhammad Firdaus bin Latip

2. Fatin Nur Atiqah Binti Mohd

YELLOW ( 1ST YEAR)

1. Mohd Azizi bin Mohd Zizan

2. Fatin Atiqah binti Ali Yusof

‘Whatever wealth you spend, it is for the parents and the near of kin and the orphans and the needy and the wayfarer, and whatever good you do, Allah surely knows it. 2:215’

For any inquiries kindly contact

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :