Tabung Derma Kilat
PERUBATAN Cawangan Iskandariah

“Seorang mahasiswa perubatan tahun dua Universiti Zaqaziq telah kehilangan wang sebanyak 8000 USD akibat kejadian pecah masuk rumah. Kejadian berlaku selepas beliau baru sahaja mengeluarkan duit daripada bank untuk membayar yuran pada keesokan harinya. Malangnya, pada malam tersebut perompak telah memecah masuk dan melarikan semua wang tersebut. Beliau memerlukan duit dengan kadar yang segera untuk menampung kos yuran pengajian.

Sehubungan dengan musibah yang menimpa sahabat kita di Zaqaziq, Unit Kebajikan di seluruh muhafazah telah melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu meringankan beban kewangan mangsa.

Bersama meringankan beban yang ditanggung.

Tabung derma kilat akan diedarkan dalam dewan kuliah oleh wakil-wakil unit kebajikan batch masing-masing selama tiga hari berturut-turut bermula Isnin 22 Mac 2010 hingga Rabu 24 Mac 2010.


“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah: 261)

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

Nawwar Afifah Zakaria

4th year IUMP AFM

Timb. Ketua Unit Kebajikan PCI 10/11

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :