Permulaan.

Biasalah.

Berat sungguh tangan membelek helaian buku dan berat sungguh tangan menganyun halus gerakan pen. Lucu sungguh kita. Dahulunya kata semester lepas tidak mampu mendapatkan keputusan cemerlang . Mengulang-kaji terlalu lambat. Banyak perkara tertangguh. Konon-konon hendak bermula dari awal bila hadirnya semester baru. Ahlan Wassalam diucapkan.. Janji tinggal janji.

Permulaan yang baik menjanjikan kesudahan yang baik.

Tetapi hati tetap mati mengejar yang pasti.

Kekal berlengah, kekal berlenggang.

Lalu kita selalu bertanya.

Di mana mahu ku cari satu sumber inspirasi baru?

Inspirasi yang bakal menolak ke jalan kejayaan. Inspirasi yang mengukir sejuta harapan.

Jalan berliku ini menghalang kita dari berjalan terus.

Liku-liku gara-gara permainan komputer, hiburan terlampau, gelak-tawa yang mengiasi pagi. Dan jikalau pagi sudah gelap, guruhnya petangnya. Muram di penghujung hari.

Semangatlah wahai kawan.

Apa yang kau takutkan.

Kehebatan si berjaya bukan terletak pada kebolehan semula jadinya.

Tapi semangat untuk terus cekal melangkah.Melangkah tidak bertoleh. Menuju destinasi yang pasti.

Dan aku menyusun kata demi kata, ayat demi ayat. Akhirnya tulisan sekadar tulisan. Engkau sendiri yang menentukan.Keputusan di tangan si penerima.

Aku hanya berjanji bahawa hari-hari manis menunggu pada esok jika langkah dimulakan.

Mari mulakan langkah.

Mulakan langkah hari ini.

Nukilan : Aliff Asyraf bin Salleh

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :