Diambil dari http://jpppci.blogspot.com/

Bismillah….

Assalamualaikum wbt, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda SAW.

Terima kasih atas segala kritikan membina daripada ahli PERUBATAN Iskandariah sekalian dan segala penantian anda dengan sabar. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran orang-orang yang sabar. Allah juga tidak akan mensia-siakan ganjaran orang yang membuat kebaikan.

Setelah dibincang kembali bersama Lembaga Penasihat Iskandariah, Penasihat JPP PCI dan Pengarah JPP Pusat, kami ingin menjelaskan beberapa isu yang timbul yang menjadi kekeliruan ahli sekalian :

1. Berdasarkan nasihat daripada JPP Pusat, didapati bahawa borang penarikan diri kepunyaan Muhammad Akmal bin Zakaria adalah tidak sah kerana tidak mendapat sokongan AJK Perubatan Cawangan Iskandariah yang mencukupi. Oleh itu, nama beliau telah dimasukkan kembali ke senarai calon yang boleh diundi pada 7 Januari nanti.

2. Perihal jumlah calon yang menarik diri lebih daripada jumlah borang adalah disebabkan terdapat beberapa calon yang membuat surat rayuan. Setelah dirujuk kepada Pengarah JPP Pusat, surat ini dibenarkan untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh Lembaga Penasihat Iskandariah. Maka segala kelulusan surat-surat ini adalah berdasarkan sepenuhnya kepada budi bicara Lembaga Penasihat.

3. Perlu ditekankan di sini, segala kelulusan adalah atas BUDI BICARA Penasihat PCI sepenuhnya. Cuma di sini, JPP ingin menyertakan hujah-hujah Penasihat kepada JPP :

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah meneliti beberapa borang penarikan diri oleh calon2 ajk, saya di barisan Lembaga Penasihat membuat keputusan berdasarkan beberape perkara :

1. Allah telah menetapkan satu sunnatullah bagi manusia ciptaanNya yang berbeza dengan makhluk2Nya yang lain. Manusia diberi Allah akal dan wahyu supaya mereka dapat membuat pilihan sendiri dalam menentukan halatuju hidup mereka (ikhtiari). Berbeza dengan makhluk2 yang lain, mereka tidak diberi pilihan (ijbari). Maka layanan yang diberikan kepada manusia ialah dengan meraikan akal yang Allah kurniakan.

” Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaannya,maka Dia(Allah) mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan jalan ketakwaan. Sungguh beruntung mereka yang menyucikannya(jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

As-Syams 7-10

Oleh itu,Penasihat melihat menjadi hak setiap ahli dalam persatuan untuk memilih samada ingin terlibat atau tidak dalam pilihanraya yang akan datang, bahkan ianya merupakan hak asasi manusia itu sendiri yang tidak boleh dipaksa-paksa.

2. Matlamat adalah persoalan pokok, usaha hanya cabang”

Hasan Al-Banna- Ke Arah Mana kita Menyeru Manusia-

Alhamdulillah, saya melihat ada beberapa calon ajk yang telah menggariskan dengan jelas beberapa matlamat yang ingin dicapai sepanjang pengajian mereka di bumi Mesir ini. Hasilnya, langkah yang diatur untuk mencapai matlamat2 ini juga jelas. Saya di pihak Lembaga Penasihat dengan sukacitanya meraikan cara2 dan jalan2 yang antum pilih.

Saya berharap antum betul2 berusaha untuk merealisasikan alasan2 yang antum kemukakan dalam borang permohonan menarik diri, bukan hanya sekadar alasan untuk mengelak dari terlibat dalam persatuan.

3. Akhir kata, samada antum terlibat menjadi ajk ataupun tidak dalam persatuan, ruanglingkup untuk antum memberi sumbangan dalam PCI sangat luas. Saya mengharapkan antum semua dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dengan sepenuh keikhlasan hati kepada persatuan di masa akan datang.

4. Minta maaf kepada mereka yang tidak bernasib baik, cuba lagi pada masa yang akan datang.

Sekian. Maaf sekali lagi di atas segala salah silap. Moga kita semua dirahmati Allah dan diberi hidayah olehNya.

Muhammad Zaid bin Mohd Rosli

Tahun 5
Fakulti Perubatan
Universiti Iskandariah

Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah (lelaki)
Sesi 08/09

4. Kami dari pihak JPP PCI juga ingin memohon maaf atas beberapa ralat yang berlaku kerana prosedur penarikan diri adalah prosedur baru yang diperkenalkan tahun ini. Kami harap anda semua memahami dan memberi peluang kepada kami untuk mempertingkatkan prestasi JPP PCI di masa hadapan.

” Wahai orang-orang yang beriman ! Jika seseorang yang fasik datang kepada kamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu”.

Al-Hujurat : 6

” Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada, setinggi-tingginya adalah ithar

” Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat(meminta maaf atas kesalahannya) “.

” Anak panah dapat meluncur laju ke hadapan hanya selepas ianya ditarik ke belakang ”

Harap maklum

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :