Senarai calon fasa pertama untuk Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah diumumkan dengan jayanya oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Cawangan (JPC) pada 30 Disember 2010. Secara keseluruhannya, senarai calon didominasi oleh ahli-ahli PCI daripada kalangan pelajar tahun 2  Universiti Iskandariah dengan jumlah 10 orang calon daripada 15 orang ahli yang tercalon pada  fasa pertama. Manakala 5 lagi calon adalah daripada kalangan pelajar tahun 4 iaitu seramai 3 orang calon dan selebihnya adalah pelajar tahun 3.

Pihak JPP Iskandariah memberikan tempoh bermula daripada 31 Disember 2009 sehingga hari ini, 2 Januari 2010 kepada mana-mana calon untuk mengambil borang penarikan diri. Namun begitu borang penarikan diri hanya terhad kepada 10 borang sahaja, iaitu 5 borang untuk calon akhawat dan 5 borang untuk calon ikhwah. Calon-calon fasa kedua untuk AJKT PCI 2010/2011 akan diumumkan oleh JPP PCI selepas daripada tarikh tutup penghantaran borang penarikan diri.

Sila ke blog rasmi JPP PCI untuk maklumat lanjut dan terkini.

Blog Rasmi JPP PCI

Senarai Calon Fasa Pertama

jppweb copy

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :