Fenomena & masalah tidur

oleh Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Setiap organ memberi kesan terhadap sesuatu masalah tidur. Dengan manghayati setiap masalah terhadap fenemona tidur kita akan membolehkan kita mengenalpasti sesuatu masalah pada sesuatu organ. Secara umumnya bahagian otak yang mengawal tidur ialah Hipothalamus.

Tidak ada sebarang jisim sama ada dalam bentuk herba atau kimia yang boleh menembusi atau sampai ke peringkat level NW4 pada otak (Level Hipothalamus). Maka setakat ini tidak ada sebarang ubatan kimia atau herba yang benar-benar sesuai yang boleh merawat masalah tidur. Cuma vibration berwarna violet sahaja yang boleh sampai ke level NW4 (Level Hipothalamus). Vibration violet ini pula boleh disampaikan melalui medium aroma, contohnya daripada bunga lavender. Dengan teknologi moden, vibration ini telah diformulakan oleh rawatan Colour Vibration Therapy yang dinamakan dengan Formula NW4.

Setiap kali kita tidur, neuron di otak akan disusun semula. Dalam keadaan tubuh sedang menyeimbangkan kelemahan pada sesuatu organ, maka penyusunan tersebut akan memaparkan visual dan audibel mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang proses penyusunan neuran. Ketika itu muncullah mimpi dan juga sesuatu fenomena ketika tidur.

Sebenarnya, terdapat banyak fenomena masalah tidur yang berlaku, cuma kita hanya dapat mengenali dan menceritakan sebahagiannya sahaja. Antaranya ialah ialah seperti fenomena “Tidur Kena Tindih”, tidur berjalan, mai-mai dan sebagainya. Terdapat juga fenomena seperti bangun terbang dari katil ketika sedang tidur dan dapat melihat diri sendiri kemudian merayau hingga dapat melihat jelas tempat yang dituju hingga apabila sedar, dan pergi ke tempat tersebut, terlihat jelas segala yang dilihat ketika tidur.

Jadual di bawah ialah jenis-jenis gangguan tidur yang biasa dihadapi oleh seseorang. Jadual yang mengaitkan antara femomena dan masalah tidur dengan sesuatu organ yang lemah ini telah diringkaskan. Sebenarnya setiap satu fenomena atau masalah tidur mempunyai keterangan saintifik yang amat panjang dan luas. Malah terdapat juga sub-sub fenomena atau masalah tidur bagi beberapa fenomena atau masalah tidur asas yang berlaku.


KAITAN ORGAN

MASALAH TIDUR

NW 1 Kelenjar Pineal, Ubun-ubun

  • Tidur kene tindih (Sleep Paralysis)
  • Mimpi budak atau mimpi bertemu atau berurusan atau bermain dengan kanak-kanak atau bayi atau paling kritikal ialah mendukung bayi atau kanak-kanak yang amat suka bermain dengan kita. Kanak-kanak yang bermimpi bermain dengan seronok dengan kanak-kanak yang lain juga dalam katagori ini. Kanak-kanak ini biasanya mempunyai simptom ADHD.
  • Bangun dari tidur, boleh lihat diri sendiri dengan jelas, terbang ke mana-mana dan melihat dengan jelas tempat yang dituju (False Awekening)

NW 2 Kelenjar Pituitary, Penyakit pelupa, epilepsy

  • Terkejut atau tersentak ketika tidur (Hypnic Jerk)
  • Anggota badan bergerak seperti menepis atau mengelak atau membuka langkah silat atau seni mempertahankan diri bagi mereka yang biasa mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. Ia berlaku ketika tidur atau menyebabkan terjaga (Hypnogogic Jerk)
  • Menggeleng kepala ketika tidur (Rhythmic movement disorder)
  • Kerap mimpi basah berlebihan atau tidak pernah mendapat mimpi basah (Noctural Emission)
  • Mimpi perkara yang sama berulang-ulang dalam satu tidur (Sleepeating)

NW 3 Thalamus, Penyakit migraine

Simptom yang sama dengan NW 2 di atas

NW 4 Hipothalamus, Kurang tumpuan belajar

  • Tidak dapat tidur (Insomnia)
  • Kekurangan tidur atau tidak rasa mengantuk (SleepDeprivation)
  • Tidur-tidur ayam atau tidak dapat tidur nyanyak atau kerap terjaga [Delayed sleep-phase syndrome (DSPS), also known as delayed sleep-phase disorder (DSPD) or delayed sleep-phase type (DSPT) or Narcolepcy]
  • Tidak dapat mengawal waktu tidur dan waktu bangun tidur (Circadian rhythm sleep disorders)
  • Terjaga kerana terlalu lapar atau terlalu dahaga atau untuk membuang air kecil atau air besar (Nocturia)
  • Menyedari diri sendang bermimpi (Lucid dream)
  • Mimpi berterusan beberapa minit walaupun setelah bangun tidur.

NW 5
Pusat kawalan biotik, antibiotik semulajadi, probiotik semulajadi, kemurungan

  • Mimpi ngeri (Dream Nightmare)

NW 6
Sinus, hudung, resdung, selsema

Simptom yang sama dengan NW 5 di atas dan NW 7 di bawah

NW 7
Pusat kawalan suhu, demam, telinga, urat mata, mulut, gigi, gusi

  • Terkejut dari tidur terdengar bunyi sepert letupan (Exploding head Symdrome)
  • Bangun tidur, terdengar bising atau hingar-bingar atau suara orang membebel marah (Hypnagogia)
  • Mengetap gigi atau menggeselkan gigi ketika tidur (Bruxism)

NW 8
Medulla Oblongata, tekanan perasaan, tensyen, tekanan darah rendah

  • Rasa mengantuk yang tidak tertahan, kerap berkeadaan antara jaga dan tidur (Samnolence)
  • Berjalan ketika tidur (Samnambulism)
  • Bercakap ketika tidur (Samniloquy)
  • Kekeliruan setelah bangun tidur dan tertidur semula atau biasa digelar “mai-mai”(Confusional Arousals)
  • Rawatan tidur kepada pesakit schizophrenia, psychogenic fugue, epilepsy dan sebagainya.

NW 9
Tyroid, tongsel, esofagus

  • Peluh berlebihan ketika tidur
  • Lapar atau dahaga setelah bangun tidur
  • Kanak-kanak menangis setelah bangun tidur
  • Nafas terhenti ketika tidur (Sleep Apnea)

NW 10
Paru-paru, emosi, kesedihan

  • Selesa atau meneruskan tidur hingga tengah hari atau tidur selepas subuh atau bangun tidur setelah matahari tinggi.

NW 11
Jantung, risau, panik, perasaan, kekecewaan

  • Berdengkur
  • Simptom Fatal Familial Insomnia (FFI) atau tidak boleh tidur yang boleh membawa maut atau kesakitan ketika tidur atau takut tidur.
  • Tercekek atau tersedak ketika tidur

NW 12
Hati, perut, limpa, kolestrol, malas berfikir

  • Suka fikir hendak tidur atau suka tidur atau mudah mengantuk jika mendapat rangsangan visual seperti terlihat katil atau bantal atau tilam atau bilik tidur.

NW 13
Buah pinggang, sakit belakang pinggang, kelenjar adrenal

  • Memerlukan rangsangan untuk tidur seperti ingin mendengar cerita terlebih dahulu, minum dahulu, melakukan hubungan intim bagi pasangan suami isteri terlebih dahulu atau onani terlebih dahulu dengar atau menonton cerita seram terlebih dahulu atau sebagainya (Parasomnia -Sleep Sex – Night Terro)
  • Tertidur kerana berehat setelah melalui pengalaman cemas seperti dipukul atau ditimpa kemalangan.
  • Kencing malam atau mimpi membuang air kecil kemudian terkencing betul-betul ditempat tidur.

NW 14
Hempedu, batu kempedu, penyakit kulit

Simptom yang sama dengan NW 13 di atas dan NW 15 di bawah

NW 15
Pankreas, kencing manis, urik asid tinggi

  • Kerap rasa mengantuk (Hypersomnia)

NW 16
Ovari, testis, kemandulan

  • Mimpi basah berlebihan atau tidak pernah mendapat mimpi basah (Noctural Emission)

NW 17
Alat kelamin, kelenjar prostat, tenaga batin

Simptom yang sama dengan NW 16 di atas dan NW 18 di bawah

NW 18
Darah, masalah berkaitan penyakit darah

  • Suka tidur waktu petang atau maghrib atau mengantuk ketika waktu petang [Advanced sleep phase syndrome (ASPS)]
  • Kebas di mana-mana bahagian badan sejurus bangun tidur
  • Simptom Sleeping Sickness atau “penyakit suka tidur” atau sentiasa hendak tidur.

NW 19
Usus, sembelit, buasir, cirit-birit, angin

  • Mengantuk dan mahu tidur, tetapi sukar tidur

NW 20
Tulang, saraf, sendi. Penyakit osteoporosis, kepatahan tulang

  • Sendi tangan dan kaki menjadi ketat atau tidak bermaya selepas bangun tidur
  • Menangguhkan kerja dengan tidur
Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :