Untuk membantu dan bertemu mesra bersama pelajar-pelajar yang akan melanjut pelajaran di bidang perubatan di Bumi Mesir tahun hadapan, PERUBATAN sekali lagi telah merancang beberapa siri program di pusat-pusat persedian di Malaysia.Semua ahli PERUBATAN dialu-alukan untuk menjayakan program pengenalan dan ramah mesra PERUBATAN ini :

INTEC

Tarikh : 9 Ogos 2009

Tempat : INTEC, Shah Alam

Wakil pelajar dari Universiti Iskandariah diminta untuk menghadiri program di INTEC ini memandangkan terdapat 15 orang pelajar tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia yang sedang menuntut di situ akan melanjutkan pelajaran ke Iskandariah.Pelajar-pelajar tersebut merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja (MTD).Maka wakil dari pelajar ikhwah lebih diutamakan.

KTT, KSP & IKIP

Program masih lagi dalam proses perencanaan dan perbincangan.Maklumat lanjut berkaitan program akan di sebarkan secepat mungkin.

Kepada bekas pelajar kolej persediaan KTT, KSP dan IKIP yang hendak menjalankan program di kolej persediaan masing-masing, diharapkan agar dapat berbincang dahulu dengan AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah supaya dapat dijalankan aktiviti bersama untuk memudahkan semua pihak.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :