Program : Mesra Ramadhan PERUBATAN Bersama Anak Yatim
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Pekan Makmur, 43650 Bandar Baru Bangi
Tarikh : 28 Ogos 2009 (Jumaat)
Anjuran : Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir

Tentatif program :
6.30 p.m – Bersiap untuk berbuka bersama anak-anak yatim Darul Izzzah
7.15 p.m – Berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, & sunat tarawikh
9.30 p.m – Ramah Mesra dan penyerahan sumbangan dari PERUBATAN

Objektif utama program ini adalah untuk membuka peluang kepada ahli PERUBATAN atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memberi sumbangan kepada anak yatim sempena bulan Ramadhan yang mulia ini di samping bermesra bersama mereka. Program ini juga membuka peluang untuk kita berkumpul bersama-sama dan merasai suasana berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Kami juga membuka peluang bagi sesiapa yang berminat untuk menaja juadah berbuka puasa anak-anak yatim Darul Izzah pada hari itu untuk menghubungi ajk pendaftaran. Kami juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang baik hati ingin menyediakan juadah tambahan pada hari tersebut seperti kuih muih, buah-buahan,dan lain-lain.

Sumbangan

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, intipati utama dalam Program Mesra Ramadhan PERUBATAN Bersama Anak Yatim ini adalah mengumpul sumbangan dari kalangan ahli PERUBATAN dan keluarga dari seluruh Malaysia untuk disampaikan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah bersempena bulan Ramadhan mendatang yang penuh dengan rahmat. Biar pun anda tidak dapat hadir berbuka bersama pada hari Jumaat, 28 Ogos, kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada anda.

Rumah Anak Yatim Darul Izzah amat memerlukan sumbangan dari anda semua berupa ;

1) Wang tunai
2) Barang keperluan makanan    – beras, kicap, sos, gula, dan lain-lain.
3) Barang keperluan harian    – sabun, ubat gigi, syampu, dan lain-lain.
4) Barang-barang keperluan lain seperti baju, cadar dan sebagainya.

Sumbangan anda berupa wang tunai dan barangan keperluan harian boleh dibawa terus dan diserahkan pada hari Jumaat, 28 Ogos pada pukul 6.30 ptg (bagi yang hadir berbuka puasa bersama) manakala kepada mereka yang tinggal jauh dari Bangi dan ingin menyumbang barang-barang keperluan, senarai wakil setiap kawasan akan diberitahu kemudian.

Sumbangan wang tunai juga boleh disalurkan melalui ;

Bank         : Bank Islam
Nama        : Ahmad Ibrahim Bin Yahaya,
No akaun   : 12029020494664

Bagi cara ‘bank in’ ini, sila pastikan anda memasukkan wang ke dalam akaun yang betul (akaun Ahmad Ibrahim Bin Yahaya) dan jangan lupa ‘sms’ kan nama anda, kuliah, dan jumlah RM yang telah di’bank in’ kepada saudara Ahmad Ibrahim Yahaya (0192871403).

Untuk kemudahan pengangkutan, sila hubungi
AJK PENGANGKUTAN :

Ahmad Ibrahim Yahaya
019 2871403

Untuk menyertai, sila hubungi

AJK PENDAFTARAN :

Muhd Nurhelmi bin Lukhman
012 2373644
Natasya Anis Rusli
0193522558

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 25 Ogos 2009.

Muatturun peta lokasi di sini —> KLIK

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :