Laporan Program Smart Circle Gabungan

Tarikh : 26 Mac 2009 bersamaan 29 Rabiulawal 1430 H

Hari : Khamis

Masa : 6.30 petang – 11.00 malam

Lokasi : Aras 2, Asrama MARA

Pada 26 Mac 2009 bersamaan 29 Rabiulawal 1430 H, Unit Pembangunan Insan Persatuan PERUBATAN cawangan Iskandariah telahpun mengadakan satu program yang berlangsung selama 3 jam. Program berkenaan yang buat julung-julung kali diadakan dikenali sebagai Program Smart Circle Gabungan. Buat pertama kalinya program sebegini diamanahkan untuk diuruskan oleh Unit Pembangunan Insan kepada ikhwah tahun satu yang mana seluruh jawatankuasa bermula daripada pengarah hinggalah ahli jawatankuasa merupakan dari kalangan pelajar tahun satu.Program ini juga hanya melibatkan pelajar-pelajar ikhwah tahun satu bersama mentor Smart Circle masing-masing. Pelajar-pelajar tahun satu di Iskandariah telah dibahagikan kepada 10 buah smart circle yang mana setiap smart circle diselia oleh 2 orang mentor. Program yang berlangsung pada hari Khamis malam Jumaat itu berjaya mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan juga mentor. Kehadiran yang dicatatkan mengikut smart circle masing-masing ialah sebanyak 66 %.

Majlis bermula pada jam 6.45 petang apabila ikhwah-ikhwah bermula memenuhi ruangan aras satu dan dua di Asrama MARA. Majlis secara rasminya bermula pada jam 7.30 malam dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Fairuz…………yang bertajuk ‘Syahadah’. Satu kupasan yang menarik diselit dengan unsur humor membuatkan para pelajar perubatan khusyuk sepenuhnya ketika sesi perbahasan. Kemudian diikuti oleh pembentangan kertas kerja kedua yang bertajuk ‘Aurat dan Ikhtilat’ oleh Ustaz ……..Satu topik yang menjadi bualan hangat masyarakat pada ketika ini khusus lagi bagi komuniti perubatan di bumi Anbiyya ini. Soalan demi soalan diajukan kepada penceramah berkenaan dengan ikhtilat dan juga beberapa soalan yang berkaitan. Lebih kurang 30 minit peruntukan untuk menjawab permasalahan pelajar.

SC Gabungan

Tepat jam 10 malam, majlis diteruskan dengan debat kedai kopi. Setiap smart circle dikehendaki mewakili satu watak dalam masyarakat dan pada waktu yang sama dikehendaki untuk memberi hujah bela diri berkenaan dengan satu suasana yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Semangat kerjasama dalam berpasukan dapat dilihat antara anggota smart circle yang bersungguh berhujah untuk membela kumpulan masing-masing. Keadaan turut dihangatkan dengan penyertaan mentor-mentor daripada setiap smart circle yang berhujah matang menyokong hujah ahli-ahli smart circle.

Prgrm SC Gabungan

Penutup kepada program malam terbabit ialah resolusi dan muhasabah oleh wakil peserta iaitu saudara Mohamad Faez Bin Kadir, yang juga merupakan pengarah kepada program pada malam tersebut. Selain itu, Ketua Unit Pembangunan Insan, PERUBATAN Cawangan Iskandariah tu

rut memberi ucapan penutup pada malam tersebut. Majlis juga diserikan dengan jamuan roti ukhuwwah sebelum berakhir pada jam 11 malam. Keceriaan jelas terselah pada wajah setiap perserta setelah dapat bertemu dan berukhuwwah sesama ahli smart circle pada malam tersebut. Rata-rata peserta berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap agar pihak PERUBATAN Iskandariah dapat mengadakan lagi di masa akan datang.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :