LAPORAN MALAM KEMBARA AL-QUDS 2009

Untuk kesekian kalinya, Unit Pembangunan Insan Akhawat PCI telah menganjurkan Malam Kembara Al-Quds pada hari Khamis yang lalu bersamaan dengan 26 Mac 2009. Program pada malam ini adalah kesinambungan daripada program yang sama yang dianjurkan oleh UPI pada tahun lepas.

Malam yang bertemakan “Maza Ba3d?” ini menggariskan objektif utama iaitu ingin menimbulkan kesedaran kepada para pelajar bahawa isu Palestin bukan sekadar isu yang boleh di ambil ringan bahkan ia adalah isu yang berpanjangan dan rakyat Palestin amat memerlukan bantuan berterusan dari kita.

Pogram malam itu yang bermula dengan solat hajat dari para pelajar untuk rakyat Palestin sejurus selepas solat Maghrib berjemaah. Kemudian, tazkirah berkaitan dengan tema program pada malam itu telah disampaikan oleh saudari Nur Syuhada Buang dan saudari Nik Nabilah Nek Rakami.

Kemudian, majlis telah diserikan dengan persembahan-persembahan menarik dari para pelajar akhawat tahun 1, 2 dan 3. Sketsa dari para pelajar tahun 2 telah berjaya menyentuh hati kebanyakan hadirin pada malam itu.

Program pada malam itu kemudian diikuti dengan tayangan video dan permainan-permainan menarik yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya adalah pop kuiz, strike the devils dan kenali peta Palestin. Sepanjang program pada malam itu, para pelajar berpeluang untuk melihat-ilhat pameran yang telah disediakan berkaitan dengan keadaan terkini rakyat Palestin dan replika kreatif Masjid Al-Aqsa yang dibuat sendiri oleh Ajk UPI akhawat.

Majlis malam itu yang diadakan di lobi Asrama Mara telah diserikan dengan kehadiran Ustazah Habibah, Pegawai Atase Pendidikan JPMK dan antara yang mendapat sambutan hangat pada malam itu adalah Gerai Alex YE yang menjual pelbagai barangan menarik.

Syukur Alhamdulillah, majlis malam itu telah diakhiri dengan jayanya pada jam 11.30 malam walaupun bermula agak lewat dari yang dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah memberi kerjasama yang amat baik dan turut menyumbang wang untuk mengisi tabung Palestin pada malam itu. Di harap Malam Kembara Al-Quds kali ini berjaya membawa para pelajar mengembara menyelami rasa hati mereka yang bergelar sadara kita di Palestin. Amin..


Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :